AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Saturday, May 14, 2016

https://www.youtube.com/watch?v=ZatFSCb4X9U

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar
Pudar
 
Dia tak mau bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
Biar
Katanya biar
 
Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu

How u see urself in 10 years time?
"Ngah dalam penjara"
Gila. Kau nak bunuh orang ke?
 
 
How would you describe urself?
"Antisocial"
Tak la. Ko bukan buat ape2 crime pun. 

 What u wish to be if u r back to school?
"Rules breaker."
 Hahah. U must be joking.
 
Haha. Aku rasa kau ni baru nak melalui fasa2 rebel remaja.
"Hahah. Aku dah 25 wey. Dah tua dah."
X pe la. Daripada kau rebel time tua2 nanti. Better have it now.


25 years. 
Doing nothing. 
Waste a living.
Dying.









Lead.your.life.

Saturday, November 7, 2015

Pukulan Mati

"Diperlukan satu hentakan yakin yang akan melahirkan keberanian, keteguhan dan kesabaran, bertolak dari jaminan yang tak pernah lapuk."

Kebiasaannya, lebih banyak dari sikit kondisi dan situasi dalam hidup seakan-akan mencarik-carik serta merenggut-renggut pembuluh jantung kita. Tak bisa tidak, selesai satu renggutan, akan tiba renggutan lain. Seakan-akan hidup tak pernah penat menyusahkan kita. Seakan hidup tak pernah kenyang menyedut tenaga hati dan fisikal kita. Seakan hidup tak pernah nyaman dengan keterseksaan kita. Memang. Sebab hakikat manusia memang dicipta untuk diuji. Dan kerana ujian itu satu medium untuk menjadi abid dan khalifah Allah di muka bumi ini. Syed Qutb dalam fi zilal mengupas; hidup adalah untuk berpenat. Hakikat hidup adalah untuk berpenat. Mencari kerehatan di Bumi adalah kesia-siaan kerana tak ada yang namanya rehat selagi kita berada di bumi.

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)." (Insyiqaq: 6)

Apapun jua, jiwa seorang muslim itu sentiasa sedar bahawa ia harus hidup dengan cita-cita keabadian di sisi-Nya.
"Mereka yang tak pernah lupa hakikat hidup yang hanya sekali, tak pernah ragu untuk memilih keabadian di sisi-Nya dan terus menggaungkan suara kebenaran yang diyakininya. Beribu-ribu pengecut yang keluar rumah mereka dengan perasaan takut mati, yang membuat langkah menjadi berat dan gambar hari esok hanya berwarna hitam kelam, Allah katakan, Matilah kamu. Mereka mati jauh sebelum malaikat maut menjemput.
Betapa perlunya generasi ini memahatkan dalam hati nurani mereka hakikat ini, bahawa tak ada nyawa cadangan dan tak ada umur reserve. Pertarungan sesudah hari-hari ini adalah hidup atau mati, hidup hina tanpa aqidah atau mati mulia dalam kenangan abadi. Dunia hari ini menunggu pahlawan-pahlawan hidup yang tak lagi berfikir bila dan dengan cara apa mereka akan mati. Kebencian yang terbuka dan kedengkian yang telanjang telah dipertontonkan. "

Dan sumber segala kekuatan adalah. Wahyu-Nya. 

Perlunya istiqamah.
"Ia adalah gerak yang tak kenal henti. Ia adalah keteguhan tak kenal menyerah. Ia adalah bukti kejujuran pengakuan siapa pun yang mengaku bertuhan Allah."


Jangan berputus asa.
"Para aktifis anak bangsa harus diimunisasi dari putus asa dan apatisme yang membuat mereka menjadi kebal dan akhirnya menikmati keterpurukan yang bagai meluncur ke jurang. protes jadi nyanyian duka yang parau dan liriknya jadi mantra-mantra yang kehilangan tuah."


 #Warisansangmurabbi-KH Rahmat Abdullah

Tuesday, July 21, 2015

One. Two. Three. *wink

Sesungguhnya jiwa manusia selalu cenderung kepada kesenangan dan kemudahan, dan benci kepada hal yang tak disukai dan yang berat-berat. Oleh kerana itu bawalah jiwamu kepada hal yang bermanfaat sekalipun berat, sebatas kemampuanmu. Dan jinakkanlah dirimu serta bujuklah ia terhadap hal-hal yang tidak disuaki tetapi baik, agar jiwamu terbiasa dengan perkara-perkara yang besar dan bersemangat untuk meraih hal-hal yang tinggi.sehingga muncul rasa antipati terhadap hal-hal yang rendah dan enggan terhadap hal-hal yang kecil. 
Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, niscaya ia tidak akan suka dengan kerendahan.
Kenalkanlah kepadanya kemuliaan,niscaya ia akan membenci kehinaan.
Rasakanlah kepadanya kesenangan ruhani yang besar, niscaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil.
-Pelembut hati-
Kerendahan. Kehinaan. Kenapa ia selalu menang di atas ketinggian dan kemuliaan? Hmmmph. Pujuklah hati. Agar ia lunak kepada benda-benda baik meski yang tak disukainya.

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.
When i start counting, that's mean i need solution. huhu. rindunya nak conteng-conteng. Announcing, re-opening of MIL. Haha. Anisah, please lah.

*smile. salam

Thursday, September 20, 2012

Selamat Tinggal MANUSIA IBARAT LOGAM

Assalamualaikum

Ceh ceh ceh. Ni macam nak tiru langitilahi.blogspot je... haha. memang pon.. Dah lama x post apa2.. Kadang2 tak tahu adakah tak cukup tarbiyah yang ALlah beri untuk berkongsi atau mungkinkah hati ini terlalu keras dan hitam hingga tak mampu nak berkongsi. Tapi insyaAllah, terkuburnya blog ini tidak menghentikan mata pena dan papan kekunci saya. (Wahai.. macam penulis karya agung pulak.. kekeke)... Dan moga-moga ia titik buat satu permulaan baru yang lebih baik...

kerana akhirnya kita memerlukan orang-orang yang IKHLAS...

-hamba-

Friday, June 15, 2012

Perang 1 Minit


Assalamualaikum. (^__^)

Perang 1 Minit. Pernahkah anda tahu tentangnya? Mungkin ada yang tahu tentang Perang 6 Hari, tapi Perang 1 Minit... Tak pernah kot ek. Tak pe, biar saya cerita.

Perang 1 Minit berlaku di Northen Ireland. Lebih tepat lagi di Tollymore Forest Park, Belfast. Ia berlaku pada 4 May 2012. Betul! Recent sangat. Ia berlaku masa Summer Camp haritu. Hahah. (Mesti korang baru nak cari mood baca buku sejarah. =p )

Tapi perang ni seriusly terjadi OK!

First day. Selepas tarbiyah hujan dan kesejukan tahap maksima pada hari pertama, tarbiyah yang membuatkan semua orang beku dan muram. Semua tunduk. Wajah-wajah ceria ketika baru-baru sampai berubah menjadi dingin dan hambar. Sampai kem komandan kena cakap, " Tadi semua orang ceria, sekarang hujan, semua orang tunduk je... ". Fuh. Ikutkan hati, nak je balik time tu juga. Tak sanggup. Sleeping beg sejuk macam ice. Socks pon sejuk macam ice. Tapi, ngantuk punya pasal, aku tido je. Walaupun sebenarnya ada orang yang memang tak tahan n tido sambil mengigau-ngigau, "sejuk.. sejuk..".

Second day. Macam biasa, beratur pagi. Kakak2 3rd n 4th year mostly balik. Wargh!!! rasa cam nak ikut je derang. Tapi kalau balik, gila x macho. So stay la, n keep psycho diri, 'panas! panas!'. Ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari! Terasa sangat-sangat-sangat bersyukur! Kalau lah aku balik pagi tadi, mesti aku cuma ingat ada HUJAN je time Summer Camp, walhal Allah ada je nak bagi MATAHATARI. =D And petang (or malam tu) ada tazkirah n someone share, " Semalam rasa sangat tak best n rase nak balik n ada sorang kakak cakap, ALLAH CUMA NAK KITA SABAR JE. N that really made my day". n semua orang pon macam, phuaaaaa... best nye.. n semua orang keep on saying, ALLAH NAK KITA SABAR JE, ALLAH NAK KITA SABAR JE..

Third day. The big bay. Ada War Game. Serius, mula2 rasa cam , "eleh.. game je kot..". Tapi bila masa nya betul2 tiba, sumpah perut yang boroi pon boleh kecut! ( Erk sori bahasa apo nih). Tapi serius. bila Masulah War Game panggil semua orang untuk gather, semua orang cam kecut perut.. N masa tu, semua orang dibahagikan ke dalam 2 kerajaan, kena buat panji, kubu, n lantik raja + panglima.. Bila semua tu da siap, kitorang kena gather, n perang start dengan opening session, battle 1 to 1 between kerajaan. Time tu, serious rasa cam perang uhud. 1 lawan 1. N ingat derang (orang yang dipilih untuk wakilkan kerajaan) akan main ala-ala kadar je. Tapi rupanya tak! Muka bapak serius lagi menakutkan. serius! Sengit sangat! Seolah2 derang betul2 lawan fisabilillah! n yang paling tak tahan sekali, bila sorang tu da menang (selepas berguling-guling, sepak-menyepak semua) derang lari kat pihak lawan n peluk! Semua orang cam T.T

OK, sbenarnya nak cerita pasal Perang 1 Minit, tapi ter-recap the whole summer camp pulak. sori.

Battle 1 lawan 1 da tamat. Sekarang kami menunggu di kubu masing-masing. Menanti sama ada pihak lawan atau pihak kami cari pasal atau siren perang dibunyikan oleh masulah. Kedua-dua kerajaan cemas. Pada masa yang sama sibuk mengatur strategi. Aku memilih untuk tetap dekat kubu. Sebab sebagai pemegang panji ke-2, aku perlu berada dekat ngan panji yang dletakkan kat kubu. Masa tu x tahu nak rasa apa, sebab aku pun tak paham sangat strategi perang. dalam hati cakap, " Sumpah, tak mudah nak jadi macam Khalid al-Walid". Cuba ambil feel jadi pemegang panji. Tak de lah cuak sangat, tapi tak boleh! Sebab tadi, kami dah doa sama2, " Ya Allah, berilah kami perasaan sebagaimana perasaan para sahabat dalam perang". So, cuba juga hadirkan perasaan tu!

Cuak. Pengintip kami cakap, kami dah dikepung habis. Sebab kubu kami membelakangkan hutan, pihak musuh dah bersedia kat pokok-pokok. Tak macam kubu musuh, belakang derang ada pagar n semak, tak mungkin kami boleh menyelinap dari belakang. Kubu pertahanan kami di hutan (tempat berlindung kalau kubu roboh) pun dah ada pihak musuh. Cis! Ape pasal derang ni cekap sangat! Stress! Rasa macam kat pernag Ahzab pun ada. Perang bersekutu. Tak tahu nak fikir ape, masa tu aku da fikir x d harapan n cakap kat diri sendiri, " OK, bukan bilangan! bukan bilangan!" . Sebab ingat tak perang badar, kita menang 313 vs 1000.

Dan sambil tunggu siren yang ntah bila nak bunyi, baca surah al-anfal... Rasa nak menangis! Masa tu betul2 feel untuk perang fi sabilillah. N betul2 luruskan niat, pernag ni bukan nak menang, tapi nak rasa apa yang sahabat rasa. Tiba-tiba, ada beberapa pakcik datang, nak buang sampah. (Kitorang berkubukan tong sampah). N aku cam, " Apa pasal la time ni jugak pakcik ni nak buang sampah!! grr". Kitorang pon cakap, letak la kat tepi tu, t kitorang buang after game. Tapi derang beriya sangat nak buang. Kitorang malas layan, pakcik tu pun alih-alihkan sket kubu kitorang, buang sampah n jerit, " OK! WAR GAME OFFICIALLY STARTED!!!" Siren pon bunyi.. Cis!

Semua pon kabut. Ada yang gerila. Aku cam blur n OK, cepat pertahankan kubu! (sebab, itu tugas aku time tu). baru je nak baling peluru kat musuh tetiba, "ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!". Aku cam, apebende pulak ni.. n tetiba nampak sorang penyerang kitorang dah pegang panji musuh, kubu musuh dah roboh habis! n aku cam ya Allah!!! n masa tu kitorang bertakbir! n masa surah an-Nasr kuat-kuat! Bergema! Masa tu! Tak tahu lah.. rasa macam, mungkin perasaan bila Islam dah betul2 menang... Best! memori yang takkan terlupakan!

Ntahlah. It's just a game. Tapi... haha.. sebab tak pernah kot perang yang betul2 niat untuk islam. Time sekolah dulu adalah main, tapi x meniatkan untuk apa2 pun. tapi kali ni lain... Serius. n kependekan perang ni pun sth yang aku sangat2 terkesan (semua orang pon, IAllah).. N x d lah happy sebab menang, tapi the lesson... Ia sangat-sangatlah...

N after perang tu (malam), kitorang buat sharing session. N best sangat! Semua orang cakap pasal kehebatan perang tu.. Apa yang Allah tarbiyah derang, apa yang derang rase.. Subhanallah.. Sumpah, best. N masa tu aku terus teringat artikel "Amal Tak Pernah Ku Usai" tu.. Mungkin kalau nak cerita tentang artikel tu akan panjang, so soogle je. IAllah jumpa..

So, IAllah. Tu je nak share kat semua... Mungkin penulisan ni terlalu banyak kekurangan, n susah nak feel. So, nasihat saya, pergilah summer camp or any kind of Camping KITA di luar sana.. Ia takkan mengecewakan, denagn izin Allah.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka BERTASBIHLAH dengan ,memuji Tuhanmu dan MOHONLAH AMPUNAN kepada-Nya. Sungguh Diia Amah Penerima Taubat." (An-Nasr)

Saturday, May 26, 2012

Mungkin Dah Terlalu Lama...

Salam


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”



Belum mampu untuk menjadi sahabat sebaik gambaran Rasulullah...JOM! Berusaha..

Friday, May 11, 2012

=='

Jangan Emo. Jangan Ego. Itu tidak menawan untuk hati. Hmm