AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Friday, December 16, 2011

**

Assalamualaikum.

Aku sangat suka ayat ini (verse for the week) :

"Sehingga apabila rasul-rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan kaumnya) dan telah didustakan, datanglah kepada mereka (para rasul) itu pertolongan kami, lalu diselamatkan orang yang Kami kehendaki. Dan siksa Kami tidak dapat ditolak dari orang yang berdosa." (12:110)

Kalau dilihat secara keseluruhan surah Yusuf, ayat ini termasuk dalam ayat penutup surah, ia merupakan ayat kedua terakhir. Ayat 4-101 merupakan kisah tentang Nabi Yusuf.

Bukan nak bercerita tentang surah Yusuf secara terperinci, tapi suka dengan ayat-ayat penutup surah ini. Ayat 110, Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w untuk memujuk baginda terhadap perlakuan buruk Musyrikin. Kalau kita tengok ayat 3, kaum Musyrikin mengejek Nabi tentang kisah sirah dalam al-Quran. Mereka katakan yang baginda tdak ada sewaktu kisah-kisah itu berlaku, jadi mana mungkin Rasulullah boleh menceritakannya. Sebab itu Allah turunkan ayat 3,

"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui." (12:3)

Dan di akhir surah, Allah seolah-olah nak berkata kepada Rasullulah supaya tak hiraukan mereka yang tak beriman dan mendustakan kebenaran ini. Serahkan saja urusan mereka kepada Allah.

Tapi, bagi aku pula, aku sangat suka bahagian,

Sehingga apabila rasul-rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan kaumnya) dan telah didustakan

Ia macam memberi satu motivasi untuk kita cerita dan cerita dan cerita lagi tentang Allah dan Islam sehingga kita tak ada harapan lagi tentang keimanan seseorang tu dan kita telah didustakan. Pada tahap itu, (bila kita cerita dan buat apa pun tak mampu nak sedarkan seseorang tu tentang seronoknya Allah dan Islam) barulah kita harapkan pertolongan Allah dan serahkan urusan tersebut kepada-Nya.

(^___________________________^)

BEST KAN?
Ayat motivasi kepada kita untuk jangan takut nak cerita keseronokan Islam kepada seseorang sebab kalau kita takut-takut nak cerita, sapa lagi yang nak cerita kat dia. Dan, kalau dia sedar betapa bestnye Islam tu, mesti dia sangat berterima kasih kepada kita (Bukan kita nak terima kasih tu, imbalan kita hanya dari Allah, maksud saya dia pasti akan gembira dapat bertemu semula dengan Islam yang sebenar. Kan? ) Sehinggalah dia kata,

Dah, kau cakap lagi pasal Allah n Islam, aku tak nak kawan ngan kau
Kau bajet macam ustazah lagi aku halau kau keluar bilik nh
Hmm, da mula da nak buka cerita srah la, sahabat la... 

Barulah kita berhenti bercakap, (tapi mungkin boleh bagi buku dan video etc..hehe). 

P/s: Diri sendiri pun tak pernah pula kena marah atau dibenci kerana cerita pasal Islam, mungkin kerana aku sendiri pun takut/ segan/malas/ tak berusaha bersungguh-sungguh nak cerita pasal keseronokan Islam tu. IAllah, saya akan diuji (Oh, takut sangat!), tapi itulah yang saya rasa tentang ayat ini. 

Akhir kalam, kalau kita tak bercerita, mungkin akan ada orang lain yang bercerita. Dan alangkah buruknya jika seseorang itu memilih jalan kesesatan gara-gara kita tak menceritakan kepadanya kebenaran itu:


Rujukan:

*

"Sehingga apabila rasul-rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan kaumnya) dan telah didustakan, datanglah kepada mereka (para rasul) itu pertolongan kami, lalu diselamatkan orang yang Kami kehendaki. Dan siksa Kami tidak dapat ditolak dari orang yang berdosa." (12:110)

Sunday, December 11, 2011

Ini Mungkin Buat Anda

-Buat sahabat yang dikasihi-

Teman,
Allah masih sayangkan kita,
Kerana Dia masih lagi memberi kita hari-hari baru,
Buat kita bertaubat dan bermuhasabah,
Buat kita beriman dan beramal.

Teman,
Allah masih sayangkan kita,
Kerana Dia masih lagi memberi kita,
Rasa gundah dan gulana itu,
Rasa berdosa, rasa ada yang tak  kena.

Teman,
Aku tidak menyatakan hatiku ini suci,
Pastinya kau boleh nampak itu,
Coret ini hanya sekadar luahan rasa
Nasihat seorang sahabat yang mengasihi,
Yang masih lagi menahan sabar memperbaik diri,
Walau seringkali hari-harinya tak lebih baik dari hari sebelumnya.

Teman, 
Allah masih sayangkan kita,
Sejak kita terpilih untuk lahir,
Sejak saat pertama kita merasa, 
Sejak saat pertama kita menikmati tarbiyah ini.

Teman,
Saat pertama kita melihat cahaya itu
Melihat ruang dan peluang itu,
Melihat sebuah kebebasan dan harapan baru,
Melihat sebuah cara hidup yang jauh lebih baik,
Kita telah sedar,
Bahawa kehidupan baru itu tinggi bayarannya,
Kehidupan baru itu menggadaikan kehidupan lama kita,
Kehidupan baru itu menuntut kesungguhan dan pengorbanan kita.

Tapi,
Kita,
Dengan yakin,
Telah memilih jalan itu,
Merentas duri dan cabaran pertama,
Dan kita berjaya melepasinya.

Kini, 
Kita masih lagi di atas jalan itu,
Jalan yang sama,
Jalan yang panjang itu.

Dan sekarang,
Kita masih lagi perlu memilih,
Samada untuk maju, mundur atau hanya diam,
Dan pilihan itu amat berat buat kita,
Pastinya kau lebih memahami.

Tapi, 
Hanya dengan jalan ini,
Kita akan sampai ke kehidupan yang baru itu,
Sepenuhnya,
Hanya dengan jalan ini.

Teman,
Aku tahu ini amat sukar bagimu, bagi kita,
Pastinya kau lebih memahami,
Tapi,
Punyakah kita pilihan lain? (Hah, aku sedang menggelakkan diriku sendiri)

Teman,
Marilah kita berlari,
Kerana kita telah yakin denganNya,
Kerana kita telah memilih.

Teman,
Berlarilah,
Dan seperti yang kau tahu,
Bawalah bersama,
Sekeping hati yang bersih dan putih,
Hati yang rendah dan tunduk,
Hati yang sering bergetar dengan ayat-ayatNya
Hati yang sering beristigfar, menangis, dan memohon taubat-Nya.

Teman,
Marilah kita berlari bersama,
Kerana kita sudah memilih.
Berlarilah,
Hingga ke hujungmya,
Dan sedarilah sesungguhnya,
Setiap larian itu hanya akan bermula
Dengan langkahan pertama.

-Dari seorang sahabat yang jauh dari-Nya-


Wednesday, December 7, 2011

My Name Is Anisah And I Want To Get Married

Ini post setahun yang lalu yang aku kira sudah hilang(masih buta dengan teknologi blog) dan ku jumpainya lagi. Mungkin ia tak relevan dengan fasa dan mood sekarang (mood exam) tapi IAllah aku benar2 menulisnya dengan hatiku IAllah. Eh, ada juga mood kahwin kan (jeng jeng jeng) 
__________________________________________________


Assalamualaikum, selamat dan kesejahteraan ke atas kamu semua..

Mungkin aku terpaksa mungkir..
Mungkir terhadap janji yang aku buat post sebelum ini..
Minta maaf..Alhamdulillah, mujur juga Allah mengajarkan kita untuk mengucapkan..

INSYA ALLAH ( Jika Allah mengizinkan)..
Jika tidak pasti ada hati yang bakal terluka..
Namun, Inshaallah..
Post nih pon tak terpesong dari tujuan hidup saya, awak dan kita semua..

Haha..nape serius amat nh..
Satu persoalan yang menghujani aku lately ni

      KENAPA TAK NAK PEGI KURSUS KAHWIN???

Sudah..

Secara jujurnya..
Memang aku x ada alasan..
Alasan untuk pergi dan alasan untuk x pergi...
Dua2 pon x de alasannya...
Dan aku harap keputusan aku ini mendapat redha daripada Allah...
Dan aku yakin, kalau Dia menghendaki aku pergi, aku akan pergi juga kursus tu ngan kawan2 yang lain..
Dengan izin Allah..

Tap, bila kawan2 tanya kenapa aku x nak pergi..
Aku rase bersalah..
Takut kalau keputusan aku mengganggu hati-hati kawan2, takut ada yang menjadi ragu2, dan timbul masalah2 hati yang tidak wajar..
Takut kalau2 apa yang aku putuskan menyebabkan fitnah kepada agama,
Takut aku menconteng arang kepada kesucian Islam.
So, i decided to discuss on MARRIAGE today..hmmmm..(^___^)

haha
Aq memg x d alasan yang kukuh,
tapi situasi aku ni serupa dengan situasi Abu Darda' sewaktu dia meninggalkan perniagaannya..

Abu Darda’ menoleh kepada orang yang bertanya tersebut, 
“Demi Allah, aku tidak mengatakan bahwa Allah mengharamkan jual beli. Namun aku tidak ingin masuk dalam golongan orang-orang tertipu dari perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah.”

Jadi, aku tidak mengatakan Allah mengharamkan perkawinan, tapi aku tak mahu termasuk dalam golongan orang2 yang tertipu dengan perkahwinan dari mengingati Allah..

Aku juga tidak mengharamkan perkahwinan, tapi padaku perkahwinan bukanlah tujuan dan fokusku sekarang. Pada saat aku terlalu masih jauh dan berat menuju Allah, pada saat aku masih lagi MUSLIM yang futur (lemah), pada saat aku belum lagi INDIVIDU MUSLIM yang terbaik..Lagipun, masakan aku berani mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan Allah, sesuatu yang menjadi sunnah para Rasul. Sedang baginda pun wujud atas sebab perkahwinan. Aku pun, wujud ats dasar perkahwinan. Takkanlah aku ingin memandang ringan tentangnya.

  •  Hadith - Sahih Bukhari Volume 7, Book 62, No. 1, Narrated Anas bin Malik
A group of three men came to the houses of the wives of the Prophet May Allah's peace and blessings be upon him asking how the Prophet worshipped (Allah), and when they were informed about that, they considered their worship insufficient and said, "Where are we from the Prophet as his past and future sins have been forgiven."          Then one of them said, "I will offer the prayer throughout the night forever." The other said, "I will fast throughout the year and will not break my fast." The third said, "I will keep away from the women and will not marry forever." Allah's Apostle came to them and said, "Are you the same people who said so-and-so? By Allah, I am more submissive to Allah and more afraid of Him than you; yet I fast and break my fast, I do sleep and I also marry women. So he who does not follow my tradition in religion, is not from me (not one of my followers)."

  •  Hadith - Sahih Bukhari, Volume 7, Book 62, Number 4, Narrated 'Abdullah 
We were with the Prophet while we were young and had no wealth whatever. So Allah's Apostle said, "O young people! Whoever among you can marry, should marry, because it helps him lower his gaze and guard his modesty (i.e. his private parts from committing illegal sexual intercourse etc.), and whoever is not able to marry, should fast, as fasting diminishes his sexual power."

  • Saying of Salaf - Sufyan ibn 'Uyaynah
Sufyân ibn ‘Uyaynah (rahimahullâh) said, "The most nimble of creatures still have need of a voice. The cleverest women still need to have a husband, and the cleverest man still needs to consult wise men."

Subhanallah, aku tak seberani itu, dan tak sanggup untuk tidak diakui sebagai umat Nabi Muhammad (SAW). 

Dan bukanlah maksud aku mengatakan perkahwinan nih sesuatu yang menjauhkan kita daripada Allah atau sebagainya, cuma aku merasakan pada saat in, kalu boleh aku nak sejauh-jauhnya meletakkan isu2 perkahwinan ke tepi dan kalu bole nak menutup serapat-rapatnya pintu2 yang membuka ruang2 untuk isu ini dibangkitkan dalam fikiran aku..Bukanlah aku bersifat jumud (kolot) atau Islam yang mengolotkan aku, tapi hati manusia berbeza, maka masalah nya pon berbeza. Doakanlah, semoga keputusan ku mendapat redha dan menjauhkan aku dari masalh2 hati tersebut..

Bukanlah juga niat aku aku untuk menafikan fitrah manusia. Sebab Allah memang telah mencampakkan fitrah tersebut dalam setiap dri manusia.

"they are your garments and you are their garments" (Surah Al Baqarah 2:187).  

"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves that you may dwell in tranquillity with them and He has put love and mercy between your hearts: verily in that are signs for those who reflect." (Surah Al Rum 30:21)

Aku juga seorang manusia, yang tak terkecuali daripada fitrah kurniaan Allah..Aku seorang Hizbullah (golongan Allah) dan pendokong sunnah Rasulullah. Aku bukanlah pengikut ajaran Kristian , Hindu, etc..yang mengorbankan perkahwinan. Itu bukan cara Islam, bukan juga caraku..

Bukanlah juga niat ku melambatkan gerak kerja Islam.. Bagaimana Islam akan tertegak jika Bautul MUSLIM (Keluarga Islam) tidak ditegakkan? Daripada manakah masyarakat dapat mengamalkan Islam dalam keluarga jika semua orang yang mendapat tarbiyah dan kefahaman  ISLAM tidak berkeluarga. Memang, aku jelas dengan itu..

Jujur, memang niatku untuk menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah yang membujang hingga ke akhir usianya. Namun, aku tetap berpegang kepada 2 rujukan kita yang utama; Al-Quran dan Sunnahnya. 

Teringat sebuah kisah( yang aku dengar dalam al-Hidayah kot..kat tv3)

Sewaktu pemerintahan khalifah ke-2, Saidina Umar al-Khattab.
Beliau didatangi oleh seorang bapa yan mengadu tentang anaknya yang sangat degil dan buruk laku.
Apabila mendengar masalah bapa tadi, dia segera memanggil kedua-dua anak dan bapa untuk berjumpanya.
Semasa perjumpaan tersebut , anak tu berkata:
       Jangan salahkan aku sahaja kerana aku tidak mendapat hak2 yang wajar aku dapatkan. Aku berhak mendapat seorang ibu yang baik, tetapi aku tidak memperolehinya. Aku juga berhak mendapat didikan Islam dan al-Quran, tetapi hak itu tidak dipenuhi. Aku mempunyai hak mendapat nama yang baik, tetapi namaku ialah .....(x igt) tapi maksudnya tahi kumbang( tahi la yg penting..)..
   
Jadi, perkahwinan datang kepada kita dengan satu tanggungjawab. Apapun yang kita putuskan, muhasabah..
 KENAPA AKU PERLU BUAT TU?...KENAPA PERLU AKU BUAT NI?...termasuklah isu2 KAWEN

Here is a good video to be listened of, Inshaallah membuka hati dan minda kita:


Dengarlah dengan hati..

So, ya marriage is simple. But what is the reason for us to get married? That was tough..
Dikira dengan usia kita untuk mati (60 /70 tahun), kita mungkin masih muda.. Tapi umur kita di dalam Islam sudah tertalu tua. Kalu di zaman Rasullulah, kita sepatutnya dah dapat Madinah, sebuah negara yang benar2 mengamalkan Islam. But, Like what was mentioned in the video, at that time nak buat pahala senang, nak buat dosa yang susah, berbeza dgn zaman kita ni.. So, setiap gerak kita perlu lurus, benar niatnya, jelas hala tujuya, berbaloi dan bermanfaat kepada kita di hari akhir.. bayangkanla, pada zaman kita ini, berapa banyak pasangan yang berkahwin tanpa tahu apa tujuannya. Anak2 tidak mendapat haknya, perkahwinan tidak membolehkan kita masuk Syurga tetapi mengundang murka Allah dan Neraka. Nauzubillah. This is not the matter of getting babies and etc, it is sth greater, a hiddened agenda that we MUST, SHOULD, HAVE to understand, so our marriage will be blessed and will one of the tickets for us to get His REDHA and JANNAH.

I am actually intended to clear whoever's mind regarding marriage and regarding my decision not to go for the course. Haha..this is very hard, and I never imagine that I will discuss on sth that I really don't like to talk about, an issue that rarely come to my mind, an issue that I frequently abandone and ignore. But Syukran to Allah, Alhamdulillah. To  be frank this is my first time ever (if I'm not mistaken) googling full heartedly, solely (haha) lookinh for guidance in marriage and Masyaallah. Not going for the course is far from the idea of not getting married ok.. Sebenarnya, Allah lebih pantas menjaga nama baik Islam. Itu amat mudah bagiNya, tapi aku mengharapkan agar aku tidak menghalang hati2 yang mencari Allah dihalang oleh keputusan aku tu.

I have a princple, that I stand for a long time:
 HIDUP NI BUKAN NTOK KAWEN JE, that sound so egoistic..but that was my current principle.
Moga Allah jauhkan aku daripada KEEGOAN, SOMBONG, RIAK dan TAKABBUR. Semoga Allah tunjukkan kita jalan, ke arah REDHA dan SYURGA Nya. Semoga setiap denyut nadi kita hanyalah untuk ALLAH an setiap keputusan kita adalah kerana-Nya bukan untuk kepuasan diri kita sendiri. IAllah.

SYUKRAN, SAHABAH..
SALAM

Reference:
http://www.scribd.com/doc/23491623/SEJARAH-PERKAHWINAN
http://www.jannah.org/sisters/marr.html
http://muttaqun.com/marriage.html
http://www.youtube.com/watch?v=66SZ-ZtitMQ

Monday, December 5, 2011

Tak Cukup Dengan Panjangnya Angan-Angan

Assalamualaikum

Tak cukup. Tak cukup dengan panjangnya angan-angan tanpa langkah yang deras. Tak cukup cita-cita yang menggunung melangit. Tak cukup, tanpa tindakan dan cubaan. Mana mungkin Rasulullah dapat membina para sahabat hanya dengan angan-angan dan cita-cita. Tak mungkin, bukan.

Aku tak mengatakan angan-angan itu tidak perlu. Ia perlu. Ia perlu menjadi tummuhat kita. Menjadi obsesi kita. Menjadi "drive" kita. Tapi masih, angan-angan itu tidak mungkin tercapai tanpa gerak kerja, kerana sunnahtullah sebuah kejayaan adalah dengan usaha yang keras (walaupun bukanlah usaha yang menatijahkan hasil).

Tak cukup. Tak cukup membaca al-Quran, menghayati dan memaknakan maknanya tanpa amalan. Dan tak akan dapat untuk kita rasai kata-kata al-Quran sebelum kita mengamalkannya. Jadi, bilamana ayat-ayat al-Quran itu belum lagi boleh disesuaikan dengan kita, bagaimana mungkin kita menghayatinya dengan sebenar-benar penghayatan?

Bagaimana?

Mungkin anda kurang jelas dengan maksud penulisan saya.
Al-Quran itu mukjizat, yang diturunkan khas buat Rasulullah sebagai petunjuk sebagai sebuah khabar gembira, sebagai peringatan khusus buat baginda (s.a.w) dan umumnya buat kita (kita, pengikutnya). Al-Quran merangkumi semua aspek, 1/3 daripadanya adalah kisah(untuk teladan dan untuk kita fikirkan), 500 ayat adalah ayat hukum(menurut Imam Ghazali), selebihnya ayat-ayat ttg lain2 (Allah, kasih-sayang syurga neraka, etc). Atas sebab apakah, Allah menurunkan ayat al-Quran kepada Rasulullah? Sebagaimana yang saya katakan tadi, sebagai petunjuk dan pujukan (ayat2 yang memujuk) Rasulullah.

Mengapa pula perlu Rasulullah dipujuk dan ditambah keyakinannya? Kerana baginda telah disakiti dan didustakan. Mengapa baginda didustakan? Kerana baginda menceritakan kebenaran? Jadi, sebahagian besar ayat-ayat al-Quran (termasuk kisah-kisah dan lain-lain) diturunkan untuk memujuk dan menguatkan Rasulullah yang telah disakiti dan didustakan setelah menceritakan kebenaran.

Jadi, bagaimana mungkin kita merasa dekatnya al-Quran? Bagaimana mungkin kita merasakan al-Quran sedang berinteraksi dan memujuk kita? Tanpa kita disakiti dan didustakan? Bagaimana pula mungkin kita didustakan dan disakiti? Tanpa kita menceritakan kebenaran kepada orang lain, walaupun teman sebilik? 

Mungkin. Mungkn belum cukup kuat lagi cita-cita kita(saya). Sehinggakan ia tak mampu menggerakkan diri untuk membuahkan amal.Ya. Pastinya belum cukup. Masih lompong hati dan iman, hingga masih berlambat-lambat dalam beramal. 

"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dar kaummu sendiri berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman" (9:128)

Mari. Kita sambung kembali langkah kita. Walau mungkin bukan dengan lebih deras, namun dengan lebih kefahaman dan penghayatan. Mungkin dengan lebih kesedaran, agar langkah ini akan berlarutan untuk satu tempoh yang lebih panjang sebelum ia jatuh lagi (kerana jatuh dan menurun iman = futur adalah satu kepastian).

Dan ingatlah firman Allah,

"Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati" (10:62)

[Credit]



Tuesday, November 29, 2011

*

Assalamualaikum,

Lelongan terhebat. Tolonglah terima. Ada tak sesiapa yang nak terima lelongan saya? Tak perlu duit anda. Tolong simpan balik elaun bulanan anda tu. Ini adalah percuma. Balasannya telah disediakan. Anda cuma perlu terima tawaran saya. Tak. Tak. Kita tak buat benda yang salah pun. Kita akan bersama-sama cari redha Allah. Tu je. Saya jaga awak, awak dijaga saya. Jom lah. Please. Please. Jom jadi anak u**** saya. Saya akan jaga awak baik-baik. (T.T)

---> Sila abaikan post ini

Friday, November 25, 2011

Bila anda kata, Cukuplah Allah bagiku...

Assalamualaikum,

"Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung" (9:129)


Entah yang keberapa kali,
Tapi ia masih lagi berulang.

Entah yang keberapa kali,
Mencari-cari sesuatu untuk berpaut,
Mengharap telinga-telinga sang makhluk untuk mendengar,
Menanti mulut-mulut yang diciptakan untuk menyampaikan,
Menunggu-nuggu adanya kata semangat mambakar jiwa,
Menadah-nadah moga-moga ada yang akan berkata,
"Aku percaya akan kamu"


Namun,
Entah yang keberapa kali,
Allah menghampakan aku lagi,
Membiarkan aku terus menanti dan menanti,
Hingga terkadang membuat aku hampa. Lelah. Goyah.

"Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung" (9:129)


Cukuplah Allah bagiku,
Walau Dia tak memberi apa yang aku mahu,
Masih, Dia memberi apa yang aku perlu.
Sesuatu yang jauh lebih baik.

Jiwa ini,
Telah berjanji,
Menyerahkan segalanya atas jalan ini,
Memberikan segalanya untukNya.

Diri ini,
Telah berjanji,
Untuk kekal atas jalan ini,
Walau apa pun jua bentuk ujian,
Atas teguh, Biiznillah

"Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan yang lebih abik dari apa yang diambil dari dirimu dan Dia akan mengampuni kamu." (8:70)

Thursday, November 17, 2011

Siapa Agaknya Aku Tanpa ISLAM

Kesejahteraan atas kamu semua.

Sejak dulu lagi, sejak aku mula mengenal Islam, mengenal dengan erti yang sebenar. Islam yang aku maknakan sebagai deen, cara hidup. Islam yang aku maknakan sebagai penghubung aku dengan satu zat yang aku tak pernah jumpa dan yang menciptakan aku. Sejak aku mengenal Islam yang sebenar, Islam yang menuntut aku untuk berubah, berfikir, berkorban. Sejak dari itu, entah berapa ribu kali aku cuba untuk berhenti. Cuba untuk berputus asa. Cuba untuk tidak terus mengenalinya. Kerana aku tak mampu. Tak mampu lagi untuk berubah dengan lebih jauh. Tak mampu lagi untuk meninggalkan apa yang aku suka. Tak mampu lagi untuk mengorbankan apa yang telah bersamaku untuk berbelas tahun.

Mana mungkin, aku meninggalkan kecintaanku terhadap Cik Tv3 dan cerita hindustan yang telah hampir 20tahun aku menontonnya. Mana mungkin aku tutup telingaku dari lagu-lagu yang tidak menambahkan iman sedang telah 20 tahun aku sibuk meng'google' dan menghafal setiap patah dan liriknya. Mana mungkin, aku tinggalkan tidurku yang berlebihan untuk qiam sekerapnya setelah saban hari aku tidur dan hanya mampu Subuh Qada'. Mana mungkin. Ia terlalu susah.

Entah berapa kali, aku terjatuh dan merasakan,

'Dah, cukup! Aku tak nak berubah! Aku x mungkin jadi macam kakak2 tu. Derang memang dah baik!'

'Aku tak larat. Lantaklah! X peduli, jahat ke, aku tak kisah!'

'Aku nak tido dan x nak bangun2 lagi.' 

Tapi, berfikir lagi dan lagi. Tanpa Allah. Tanpa Islam, apakah aku? Siapalah aku? Ya. Orang kampung mungkin boleh kata,

"Oh, anak Wak Rahmat yang dapat 10A1 SPM hari tu"

"Tu, anak Wak Jum yang terbang pergi Ireland tu"

Tapi, apalah guna 10A atau fly ke mana pun, jika hati dan jiwa yang aku bawa ini kosong. Apa guna, apa pun jua pencapaian yang aku ada, kalau aku tak langsung signifikan di mata Allah. Apalah sangat famous dan glamour di bumi kalau namaku tak pernah pun disebut oleh penduduk langit. Apalah guna.

Tanpa Islam, entah siapalah aku. Benarlah,

Allah pelindung orang2 yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(2:256)

Dengan Islam, Allah mengangkat aku, mengeluarkan aku dari kegelapan kepada cahaya. Memindahkan aku dari sempitnya dunia kepada lapangnya akhirat. Membebaskan aku dari perhambaan hawa dan nafsu kepada perhambaan kepada Allah. Meluaskan kesesakan pemikiran kepada satu horizon yang luas tak terjangkau. Memanjangkan pendeknya cita -cita kepada tingginya angan-angan. Dengan Islam ini. Walaupun belum sempurna aku mengamalkannya, walaupun masih jauh untuk bergelar 'true muslim', walau masih terlalu banyak kejahatan dan kekurangan yang perlu ditingkatkan, namun dengan Islam, dengan agama ini, aku mampu menikmati sebuah hidup baru yang lebih indah dan suci.

Sebagaimana Allah mengangkat masyarakat Arab dari tiada apa2, daripada sebuah masyarakat yang dihimpit oleh Tamadun Rom dan Parsi, kepada sekelompok manusia yang menawan 2/3 dunia. Dengan Islam, Allah mengangkat mereka. Mengangkat mereka, bukan dengan tamadun Arab tapi dengan tamadun Islam, kerana masyarakat arab itu tak punya apa. Tapi, dengan Islam, mereka punya segalanya.

p/s: Tolong. Tolong bantu saya membantu diri saya, membantu diri anda, membantu diri mereka. Tolong. Tolong saya sentuh hati-hati dan jwa-jiwa anda, jiwa-jiwa dan hati-hati mereka dengan Islam. Kerana tanpa Islam, kita tak punya apa.  Saya sangat sayang anda semua, dan sangat bercita2 untuk bertemu di jannah sana, IAllah.





Tuesday, November 15, 2011

1x Tadabbur Doktor-Untuk-Menjadi : Anda kira anda hebat?


Assalamualaikum.

Dari dulu lagi, kita selalu disogokkan dengan slogan, "Aku belajar kerana Allah". Walhal, terkadang kita(saya) tak mampu pun untuk mengaitkan apa yang saya pelajari dengan Allah. Bagaimana nak menghubungkan apa yang dipelajari dengan Allah. Dan akhirnya, pergi kelas, telan ilmu(kalau faham) dan balik bilik. Walhal, kalau nak diikutkan, para ilmuwan Islam pada zaman Abassiyah dulu semuanya mengkaji ilmu dalam pelbagai bidang untuk mendalam Islam, ikhlas lillahi ta'ala. 

Dan, dalam kesibukan menuntut ilmu, tetiba ada satu 'slide' :
Saya tak tahu mengapa, tapi saya sangat tersentuh dengannya.

A cell must be dynamic

Ringkas dan mudah, bukan? Tapi, saya sangat tersentuh. Tak semena-mena saya terus teringat Allah, Subhanallah. Terasa satu jenis kehebatan Allah menusuk kalbu saya. Ringkas. Sebuah sel perluleh dinamik.

Saya merenung diri. Membayangkan fungsi sebuah sel. Bagi anda yang belajar biologi, pastinya kita tahu sel merupakan unit asas(basic unit) dalam sesebuah organisma. Maknanya, ia sangat-sangat-sangat kecil. Namun di sebalik kekecilannya, ia perlu dinamik! Untuk membolehkan ia berfungsi dan bagi membolehkan sesebuah organisma berfungsi. Bayangkan, kegagalan walau satu sel pon mampu mengakibatkan kegagalan pada seluruh organisma. Contohnya, apabila sebuah sel telah rosak, gagal mengawal mitosis misalnya, ia boleh mengakibatkan pembentukan tumor dan akhirnya kanser!

Betapa Allah sangat teliti. Walau dalam mencipta sel sekalipun!

Bagaimana pula kita? Yang terbentuk daripada berjuta-juta sel? Bukankah seharusnya kita menjadi sangat dinamik? DINAMIK. SANGAT DINAMIK?

DINAMIK DARI SEGI APA?

Dari segala segi! Kehidupan, hidup sebagai hamba Allah, hidup sebagai muslim, hidup sebagai anak, sebagai kawan, sebagai pelajar!  Dinamik! Aktif! Bertenaga!

Bagi saya sendiri, saya membayangkan kehidupan yang dinamik sebagai kehidupan yang bertenaga dan bersemangat. Penuh! Penuh dengan Allah. Semua urusan dilakukan dengan adanya Allah. Itulah dinamik! Apabila semua urusan adalah untuk Allah, kerana hanya urusan yang diniatkan kerana Allah yang akan diterima. 

Sekadar mencetak dan tampal:

Engkau hanya memerlukan kesadaran, bahwa yang engkau lakukan seluruhnya dalam dakwah ini adalah untuk Allah. Kerjamu untuk Allah. Keringatmu untuk Allah. Waktu yang engkau habiskan untuk Allah. Harta yang engkau alokasikan dalam dakwah adalah untuk Allah. Pikiran yang engkau curahkan untuk Allah. Tenaga yang engkau sumbangkan untuk Allah.

Berjalanmu dalam melakukan semua kegiatan, berangkat dan pulangnya, untuk Allah. Dudukmu dalam mengikuti rapat dan koordinasi, untuk Allah. Suaramu saat engkau menyampaikan pendapat dan pandangan, untuk Allah. Mengawali dan mengakhiri rapat dan semua pertemuanmu, untuk Allah. Program kerja yang engkau tunaikan, untuk Allah. Berlelah-lelahmu untuk Allah. Berpagi-pagimu untuk Allah. Bermalam-malammu untuk Allah.

Engkau hanya memerlukan kesetiaan, bahwa segala yang engkau pikirkan adalah untuk Allah. Segala yang engkau kerjakan adalah untuk Allah. Segala yang engkau rancang adalah untuk Allah. Segala yang engkau inginkan adalah ridha Allah.

Engkau tidak perlu memusingkan dirimu akan mendapatkan apa dalam jalan dakwah ini, karena itu urusan Allah. Engkau tidak perlu merisaukan posisimu seperti apa dalam organisasi dakwah karena telah diatur oleh Allah. Mungkin saja engkau mengetahui ada sebagian orang yang hasad kepadamu, kepada posisimu, kepada kedudukanmu, namun engkau telah menyerahkan semuanya kepada Allah. Engkau tidak perlu menyimpan rasa iri dengki atas posisi, kedudukan, jabatan, dan harta benda yang dimiliki saudaramu di jalan dakwah, karena engkau lebih menginginkan kedudukan mulia di sisi Allah.

Engkau tidak perlu resah memikirkan omongan dan sikap orang kepadamu, selama engkau selalu bersandar kepada Allah. Engkau tidak perlu menyibukkan diri untuk berharap-harap jabatan, posisi, kedudukan, kekuasaan tertentu dalam perjalanan dakwah, karena telah dikelola oleh Allah. Engkau tidak perlu menyibukkan diri untuk mencari-cari gemerlapnya pujian dalam mengemban amanah dakwah, karena segala puji hanyalah milik Allah.

Engkau hanya perlu menyibukkan diri untuk selalu membawa kesadaran Rabbaniyah dalam segala langkah. Engkau hanya perlu menyibukkan diri untuk selalu mengingat Allah dalam segala kegiatan. Engkau hanya perlu menyibukkan diri untuk memberikan kontribusi terbaik di jalan dakwah, dengan segala potensi dan kemampuan yang engkau miliki, karena Allah.

Engkau hanya perlu menyadari bahwa kemuliaan itu hanya milik Allah. Bukan pada jabatan, posisi, kedudukan, harta dan materi duniawi. Engkau hanya perlu memupuk dan menguatkan kecintaan kepada Allah, karena pada sisi Allah terdapat segala kekuatan dan kesempurnaan. Tidak ada orang terhina selama dia mendekat kepada Allah. Tidak ada orang mulia dalam menjauhi Allah.

Maka, resapilah setiap hari setiap saat, betapa nikmat berada di jalan dakwah ini. Karena proposalmu adalah kepada Allah, bukan kepada manusia. Proposalmu adalah kerja di jalanNya, bukan untuk posisi dunia.
Selamat menempuh jalan dakwah yang begitu nikmat, setiap waktu setiap saat
~QUOTED FROM A SISTER~


Thursday, November 3, 2011

1x Seerah = Abu 'Ubaidah al-Jarrah#

Assalamualaikum..
Mari kita mulakan dengan video, okeh?

"Enjoy" dan hayati (^____^)...

Alhamdulillah, harap semua dah dengar video nh... Pastinya banyak anggota kita tersentuh engannya, mungkin anda sedang mengesat air mata sekarang...(Saya faham, insyaAllah)..Cuma ingin menanyakan jika anda ada mendengar beberapa nama yang disebutkan dalam vieo tadi. Nama siapa? Siapa? Nama anda? Anda pasti? Mungkin anda perlu dengar sekali lagi. "Yes", bukan nama anda.. mahupun nama saya TETAPI nama..

"ABU UBAIDAH AL-JARRAH
&
MUAZ BIN JABAL"

Ya, nama kita BELUM lagi tersebut atau tercatat dalam seerah. Tapi kita mahu kan (pastinya kita mahu) menjadi seperti pemuda-pemuda yang dinyatakan oleh Umar tadi(emm..1400 tahun yang lampau).. Dan pastinya kita tertanya-tanya,

"Hebat tahap apakah mereka berdua nh, sampai Umar nak sangat ramai orang cam derang?"

"Nape sebut nama derang ek..Malas nye nak google"

Jadi, jom kita kaji bersama seerah mereka...

Dunia akan mengubah manusia-manusia tapi bukan Abu Ubaidah.



Tuesday, November 1, 2011

Saya Tak Cukup Menawan Lagi

Assalamualaikum.

Saya mulakan tulisan ini dengan beberapa persoalan..

"Apa pandangan anda tentang Islam?"

"Adakah anda rasa Islam hanya ekslusif untuk sesetengah pihak sahaja?"

"Masihkah anda rasa anda tidak layak bercakap, bercerita dan menasihatkan orang dengan Islam?"

Baru sahaja berfikir tentang ke'ekslusifan' golongan yang digelarkan sebagai kuat beragama, sehinggakan membuatkan masyarakat merasa mereka sangat tinggi. Sangat-sangat mohon Allah melindungi diri daripada merasakan diri ini 'ekslusif' beragama dan YA! Saya tidak, malah sangat jauh lagi dari gelaran kuat beragama. Tetapi kadang-kadang, atas beberapa faktor, saya merasakan ke'ekslusifan' mengamalkan Islam. Bila orang melihat kita lebih berilmu dan 'kononnya'( berdoa suatu hari nanti akan jadi betul-betul)  sangat kuat beramal.

Jadi, apa pandangan anda?
ISLAM? 
EKSLUSIF?

Jawapannya, 

TIDAK!

Islam itu tidak ekslusif sama sekali, ia adalah anugerah untuk sekalian alam. Siapa pun berhak mendapatkan dan menikmatinya.


“Dan tidaklah kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat kepada 
seluruh umat manusai, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan” 
(Saba :28)

Islam adalah untuk semua orang. Dan Allah berhak mengurniakan hidayahNya kepada siapa pun yang Dia kehendaki, tanpa boleh dihalang oleh siapa pun.

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Mahasuci Allah yag masih memilih kita untuk merasakan hidayahNya, memberi kita ruang untuk taubat dan membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Cuba bayangkan kalau nikmat membezakan baik dan buruk ini dicabut dari kita. Apa yang mungkin sedang kita lakukan? Mungkin kemaksiatan yang penuh kelazatan itu yang sibuk kita kerjakan. Rasakanlah, kebaikan dan kefahaman dalam Islam yang kita peroleh ni adalah milik Allah, bukan atas kehebatan atau kebijaksaan kita. Rasakanlah ni sebagai rahmat, hadiah dan    kepercayaan atas satu tanggungjawab.

Kerana berapa banyak manusia yang lebih hebat dari kita yang tidak merasakan nikmat Islam ini. Steve Job contohnya, telah memudahkan kita untuk beramal. Mencipta teknologi2 yang membolehkan kita membaca al-Quran dan tafsir, mendengar nasihat dengan mudah melalui i-Phone rekaanya, tapi mati dalam kekafiran. Adakah ini memang suratan < sememangnya ini suratan Allah>, tapi di sebalik itu perlu juga kita fikir, apakah kekafiran Steve Job ini disebabkan kelemahan kita mengajaknya terhadap Islam? Adakah kita merasakan Islam hanya 'ekslusif' untuk kita yang sudah berketurunan Islam?

Mungkin contoh tadi nampak tidak relevan. Mari kita lihat dari konteks kita < kawan-kawan dan keluarga, mungkin>. Cuba fikir, berapa ramai kawan-kawan kita yang lebih hebat daripada kita. Kawan-kawan yang genius, pintar, aktif, pendek kata hebatlah, yang masih belum menerima sentuhan Islam < maksud saya, masih belum sedar tentang keseronokan Islam yang kita sedang rasa>. Adakah ketidak-tahuan mereka tentang Islam adalah disebabkan kita tidak menceritakan tentang Islam kepada mereka? Tidakkah kita sayang kawan-kawan kita?

Sebenarnya, saya sekadar merefleks diri sendiri. Merasakan yang masih ramai lagi kawan-kawan< mungkin termasuk anda> yang belum saya ceritakan tentang keseronokn Islam. . Dan sekadar ingin mengajak anda semua untuk duduk dan berfikir, yang..

Islam itu diturunkan buat ANDA.. Istimewa untuk ANDA, rahmat untuk ANDA. Ia bukan ekslusif kepada sesiapa. Oleh itu, biarpun kita tidak disampaikan tentang Islam, marilah KITA berlari kepadanya dan mencari kemanisannya, kerana PERCAYALAH tidak akan ada perkara lain yang akan anda dapat melainkan KEBERUNTUNGAN yang besar. Jadi, mengapa masih bertatih-tatih dan terhegeh-hegeh mengejar Islam? Kerana lihatlah sekeliling kita, berapa ramai pula insan2 yang telah tersedar dan berlari pecut menuju Allah? Mengapa di saat kita berlumba-lumba mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan, kita mahukan markah tercorot di mata Allah? Mari, kita saling menguatkan diri.

Dia sudah. Kita bila lagi?


Di sebalik kekalutan dan kehancuran moral dan budi, Allah tetap mahukan kebaikan untuk hamba-hambaNya. Tidakkah ini membuka mata kita untuk lebih sedar dan insaf bahawa, jika kita tidak mahukan Islam, masih ramai lagi jiwa-jiwa yang mengingininya. Keberadaan kita dalam Islam tidak menambah atau mengurangkan kuasa Allah pun. Petunjuk-petunjuk ini membuka minda kita untuk melihat semua manusia sebagai jiwa-jiwa yang cintakan Allah kerana inilah fitrah sebenar seorang manusiaa. Jadi, masih takut untuk mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan?

Islam itu tidak ekslusif. Maka, marilah kita merasakan nikamatnya bersama. Sebarkanlah kebaikan melalui diri kita< akhlak, ibadah dll>. Kerana, inilah jua salah satu kaedah untuk kita mengucapkan kesyukurann kepada Allah..

p/s: Merasakan yang diri ini tidak cukup sempurna dan tidak cukup hebat untuk menunjukkan kehebatan Islam kepada anda. Oleh itu, dalam proses saya memperbaik diri sedarlah yang Islam itu sangat cantik, dan marilah mulakan langkah bersama mencarinya. IAllah.