AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Saturday, January 29, 2011

mari kita duduk sebentar, kta beriman sejenak...

Assalamualaikum.

Sudah terlalu lama aku tidak menulis. Mungkinkah kerana keringnya hati atau kerana keringnya minda, atau adakah kerana keringnya rasa?? Aku pon tak pasti. Apa yang pasti diamku bukan diam kosong, diamku diam berisi, berisikan Allah (InsyaAllah).

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal kamu itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(2:216) 
                
Hidup nih tak selalunya indah, kan..Semester empat, semester yang terakhir di KMB, semester terakhir di Blok F, semester terakhir di MO9R, dan aku kira semester yang paling bererti..haha..semester yang paling teruji..Subhanallah, tarbiyah Allah, siapa yang lebih baik tarbiyahnya daripada tarbiyah Allah? Tiada aku kira..Terkenang kisah beberapa minggu yang lalu...


Aku berjalan pulang ke bilik,
Membawa satu harapan setinggi Bukit Changgang, 
Malah tinggi lagi,
EE ku akan aku lunaskan hari ini gak..
Ya! Bukan senang nak dapat semangat buat EE nh..
Alhamdulillah..

Tiba di bilik..
Bismillahirahmanirrahim..
Ok, on laptop skarang..
"click"
Alhamdulillah, boleh pon on..
Window recovery, enter!

---------------------------
Asal ad flash2 nh...
ok, lagi sekali, Enter!
--------------------------------
Alhamdulillah, menarik..
x bole dibuka pula lenovo ku ini..
Alhamdulillah, maka hilanglah segala EE yang telah ku canai 
selama cuti Disember yang lalu..

Begitulah kisah kehilangan EE ku..haha..tidaklah menarik mane dan tidaklah aku sesedih mane..

Lalu aq bergegas mahu pulang 
pulang ke Johor,
pada cuti thaipusam yang lalu..
bagi melangsaikan EE ku yang tergendala(data ad di rumah)
Dan berhempas pulaslah aku bersama roomate tercinta
menyiapkan CAS file yang perlu dihantar Jumaatnya..
Hematku, aku nak ambil MC ari jumaat..
dengan alasan amek vaccinasi kedua..
Tetiba..."beep!"
Kotak mesej ku dimasuki mesej baru..
Oh, dari seseorang yang budiman, yang tidak kusangka2 pengirimnya.. 
"Salam, Choi..cardiff punye results dah kluar..u dpt tak?...."
aku pon berlari ke arah lenovoku(yang baru di servis oleh sahabat yang pemurah)
dan membuka kotak mesej emelku..
x d pon..ye tgk lagi..x d lagi..
dan tahulah aku, 
yang aku tidak diterima..
Alhamdulillah..


Namun, kesedihanku, kesedihan yang hambar..tidak pula ku titipkan dengan juraian airmata(jiwangnya)..
tidak pula aku begitu bersedih..Aku bole kata, aku hanya sedih di kulit, bukan di hati...Risaunya aku bukan kepalang, bukan kerana musibah yang melanda, tetapi kerana musibah yang lebh besar..musibah hati, hati yang kering dan keras.

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, malah lebih keras. Padahal dari batu2 itu pasti ada sungai2 yang airnya memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidak lengah atas apa yang kamu kerjakan"(2:74) 

Astaghfirullah, batu pon lembut terhadap Allah..Lalu,

hari Thaipusam tiba..
membawa hati yang keras kejung
bersama rasa kosong tntang EE & interviewku
Aku menapak ke tmpat menunggu bas..
Seorang diri..
Ku rasakan inilah tarbiyah terbaik daripada Allah..
berjalan sendirian..
bermuhasabah..
Ku pandang langit..
Terlihat langit luas cipataanNya..
Ku tilik langit puas2..
Dan aku nampak,
.Subhanallah..
lalau aku tersedar, perjalananku bukan sendiri.
tapi bersama Allah..
Teringat aku kepada seorang sahabat, Jannah..
yang turut melhat perkara yang sama sebelum pemegiannya..
terfikir aku, ari ni kah akan Allah menjemputku..
sebab tu dia hilangkan EE ku..
dan gagalkan temuduga ku..
kerana aku tak akan sempat pon menghantar EE
x kan sempat pon pergi ke UK
Beristigfar panjang aku..
baru lah aku sedar..
betapa kerdilnya aku,
betapa sedikitnya amalanku..
Tak layak untuk aku bertemu denganNya..

Alhamdulillah, aku sampai ke rumah petang tu..baru ku sedar, Allah masih mengurniakan aku dengan nyawa, walaupun aku amat lengah di atas muka bumiNya..Baru lah aku sedar, mungkin Allah menguji ku agar aku terus ingat kepadaNya, agar hatiku lebih basah mensyukuri nikmatNya. Tapi, akulah yang tak ambil peduli. 
baru la aku rasai pedihnya ujian Allah, barulah aq rasa perlunya aq kepada Allah, barulah aku rasa aq memang perlu siapkan EE dan spatotnya perlu ke Cardiff. Kerana Allah, kerana dakwah & tarbiyah..barulah aku hargai nikmat2Nya, nikamat iman dan nikmat Islam, yang sering aku lupakan..

"dan ketahuilah bahawa di tengah2 kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kemahuan kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapatkan kesusahan.Tetapi Allah menjadikan kamu CINTA KEPADA KEIMANAN, dan menjadikan IMAN ITU INDAH DALAM HATIMU, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang2 yang mengikuti jalan yang kurus."(49:7) 

Pabila rasa berat ujian yang tertanggung, barulah ujian yang sebenar aku lalui..barulah ad penyesalan dalam diri..yang aku harapkan ini bukanlah satu balasan atas dosa2 aku yang lampau..Sedarlah aku, sehebat manapun manusia di bumi ini, pasti akan memerlukan bantuan Allah, pasti tidak akan lepas dengan dugaan dan cabaran. Sedarlah juga aku, bahawa benarlah, Allah lah sebaik-baik pelindung dan penolong, dan tiadalah kesedhan dan rasa takut bagi orang2 yang beriman, orang2 yang mencintai Allah.

Maka, hiduplah aku hingga ke hari ini, dan Alhamdulillah, Dia semakn aku cintai, walaupun belum sepenuh hati tapi InsyaAllah, Allah pasti akan tunjukkan jalanNya.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”


Marilah kita duduk sebentar, kita beriman sejenak..Merenung kembali..tarbiyah2 yang telah Allah beri,ketukan yang Allah telah kurniakan pada hati-hati kita..Sudahkah kita menyahutnya? Kerana cinta Allah kepada kita seluas malah lebih luas dari langit dan bumi lebih besar daripada kasih ibu dan ayah kita. Dialah pemilik semua cinta di duna ini..marilah kita mencari redha, cinta dan kasihnya..Apalah guna menangguk cinta kasih dari pintu-pintu yang kecil, jika pintu cinta terbesar mash tertutup?? Allah sangat mencintai kita..dan akan sentiasa bersama kita.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kau ingkari Aku. Wahai orang2 yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh Allah bersama orang2 yang sabar"(2:152-153)

Yakinlah denganNya, dan letaklah sepenuh kebergantungan kepadaNya:

" Jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka datang MENYERANG KAMU SECARA TIBA-TIBA , niscaya Allah menolongmudengan 5000 MALAIKAT YAN MEMAKAI TANDA"(3:125)

Jadi, mengapa perlu takut dan susah hati apabila kita ada ALLAH?? 




1 comment:

  1. choy...kite xpenah tau pon ko ilang ee...truknya kite as kawan..xpe choy,,aku tau ko kuat..selagi iman bersama anisa, ko akn sntiasa brdiri as choy yang tabah n kental(waahh!)..gogo choy...satu ilang mungkin banyak yang akan mendatang...rezeki ad dimana2 aje sbnarnya..cma kite yg kena usaha utk dapatnkannya..betul x?sayang choy...

    ReplyDelete