AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Tuesday, May 31, 2011

RINDU pon JANGAN!!!

Salam.

Haha, entry yang melampau kan! (^____^)..Tapi begitulah..Fuh, I'm back!! Menitipkan sedikit peringatan buat diri sendiri terutamanya dan teman-teman. Haha, baru 4 hari berada di rumah aku dah hampir GILA..Maksud aku, BETOL-BETOL GILA!!!...Haha..Bersyukur sangat-sangat atas internet yang terlalu tidak laju hingga untuk membuka blog sendiri dan blog teman-teman juga tidak mampu. Alhamdulillah atas internet yang asek-asek ter"disconnect" hingga aku tak pernah berjaya memuat turun skype. Hmm..Alhamdulillah, untuk phone yang tertinggal hingga aku tak punya alarm untuk bangun subuh.(T___T)..Alhamdulillah atas rancangan-rancangan yang menarik di tv, yang sememangnya menggamit hati..Alhamdulillah, baru sekarang aku berjaya membuka blog, membaca post2 terbaru yang amat menyegarkan iman dari akhawat2 tersayang. Jazakillah. Sekurang-kurangnya, aku boleh terus tertampar dan terus melaju dalam jalan ini.

RINDU PON JANGAN!!!

Aku teringat seorang ustaz(kalau tak silap) kata, rindu pun jangan! Rindu jahiliyah maksudnya.. HAHAHA..Terasa macam nak gelakkan diri sendiri. MasyaAllah..Teringin sangat nak jerit kuat-kuat pada jahiliyah-jahiliyah tu, 

WEH,AKU TAK RINDU KAU LA!!!

Fuh, terlalu emotional..haha..kuatlah diri, melawan kerinduan itu.
Mana mungkin hati yang bersih bercampur dengan hati yang kotor,
Mana mungkin yang putih bercampur dengan yang putih,
Mana mungkin jalan Allah sama dengan jalan jahiliyah.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara yang hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Allah memiliki kurnia yang besar.”(Al-Anfaal:29) 

Sangat-sangat terkesan dengan ayat ni.(^__^)..Ya, ramai yang akan terkantoi cuti ni. Ramai yang akan lupa janji-janji yang telah kita taburkan sebelum dan semasa exam dulu.Mana janji untuk thabat? Mana kata-kata yang berapi-api bersemangat sewaktu coolsem dulu? Mana suara-suara lantang yang membangunkan iman-iman yang lesu kepada para akhawat? Mana sumpah setia kita kepada Allah. Mana semua tu pergi? sanggup kita gadaikan, lupakan janji-janji tu? Lupakah peda pertolongan-pertolongannya di dalam dewan peperiksaan? Lupakah peda tenaga-tenaga luar biasa untuk stay up dan wake up? Lupakah pada kefahaman-kefahaman dan ingatan yang kuat sewaktu menelaah pelajaran? Mampukah kita lakukan semua itu tanpa izinNya? Mampukah kita? Adakah kita hanya akan ingat kembali janj-janji itu pada 1 minggu akhir sebelum IB result keluar? Mungkin aku pun bakal tergolong dalam golongan tu. Nauzubillah, bangunlah!! Kita bangkit, mencari redha Allah di kelapangan waktu ni!! Jangan RINDU PON!!

3 comments:

  1. kuatkn smgt choy..JOM! mujahadah sama2..:)

    ReplyDelete
  2. nak jugak sama-sama.
    nice post! thanks kak nisa. :)

    ReplyDelete