AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Sunday, June 26, 2011

DIA MASIH PUNYA HATI



Si dia. Aku memang sangat-sangat peduli tentangnya, tapi masih tak cukup kuat untuk buat apa-apa. Melihat si dia pasti terdetik dalam hati aku, satu lagi permata yang disaluti lumpur. Aku tahu si dia manusia hebat, punya anasir yang kuat. Pengaruhnya, tingkahnya, cara bergaulnya,  keramahannya, hatinya. Aku tahu dia masih punya rasa, masih sedar kekontangan rohnya. Ntah, apa yang menghalanggnya. Sedang aku  masih tak mampu menembus hati dan fkirannya. Hingga kini aku masih tertanya-tanya, apa yang dia lalui sebenarnya. Saban hari aku berfikir, kalaulah dia faham.

Terkenangkan si dia, aku terbayang pula nasib pemuda-pemuda lain. Yang mungkin punya hati, pastinya mereka punya hati. Dia buat aku belajar untuk tidak menghakimi, tidak menghukum, tetapi memahami. Ya, bukan paras rupa yang aku pandang, bukan juga sijil kelulusan tapi hatinya. Dia mungkin tak punya apa. Sebuah basikal pun dia tak punya. Namun aku tahu hatinya luhur. Membantu siapa saja yang ada bersama. Hingga terkadang yang batil turut dibantunya. Dia anak yang baik, saudara yang prihatin. Sebanyak mana pon maksiat yang dilakukannya, tak pernah pula dia menengking herdik keluarganya. Entah, syaitan macam apa yang merasuknya hingga dia begitu lemah untuk menjadi hamba yang baik. Setiap manusia adalah permata, yang punya hati. Ya, dia masih punya hati. 

Aku hanya mahu si dia kembali. Bukan dengan harta atau nama. Cukuplah dia pulang ke pangkal jalan. Moga-moga menjadi anasir perubah di lapangannya. Aku bukan sesiapa untuk mengadilinya, bahkan untuk mengadili siapa pun. Bukankah seorang pelacur aja masih punya harapan untuk masuk Syurga? Namun, aku hanya mahu dia sedar. Ya Allah, limpahkanlah hidayahmu kepada si dia.

2 comments: