AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Tuesday, June 21, 2011

Pertanian 1 Perniagaan

Haha..Tajuk tak leh blah..
Dah macam ucapan perasmian Menteri Pertanian..Hehe


Assalamualaikum..
Dah beberapa hari aku berkebun setelah berminggu-minggu terperuk kat rumah (perasan puteri lilin)..Haha, seronok juga bermain dengan tanah, cacing, rumput dan pelbagai flora dan fauna kat sekeliling rumah tu. Di samping tu, boleh tadabbur alam sekali..~Weee..Haha


Jadi, sekadar nak berkongsi pengajaran dan pembelajaran aku bersama alam tadi..haha..skematik sungguh la..Dan aku rasa berkebun nh pon macam hidup juga, macam dakwah kita, satu tarbiyah daripada Allah..


Kenapa??Haha..sedang aku sangat sibuk cabot rumput yang tinggi yang amat tu, aku terjumpa banyak sayur-sayur yang tertimbus kat bawah rumput tu..Haha..sian sayur tu. Macam hidup, kita selalu rasa "Aku ni jahat"  ataupun rasa "Ew, jahat n gedix n ngada-nngada n teruk nye orang tu" (Haha, bab kutuk orang lebih-lebih lak). Tapi sebenarnya, kita tak boleh nak Judge a book by its cover or its price.. , sebab, aku yakin sejahat mana pon seseorang tu, dya masih punya hati, mash punya iman. Boleh jadi imannya dah semput tertimbus kat bawah kejahiliahan..Sebab tu la, kita kena sangat-sangat jaga-jaga dan berhati-hati, siapa yang hidup mekar dalam hati kita, rumput ke sayur, iman ke jahiliyah.. 


Bukan tu je, aku pon sedar "Susah jugak nak cabot rumput-rumput yang beso-beso nh, akar nye dah cengkam kuat sangat". Betol, susah sangat nak cabot, sampai kena gne parang..Emm, korang mesti boleh agak ape pengajarannya kan..Betol tu, kengkadang tu, jahiliyah tu dah berakar umbi dalam hati kita sampai susah sangat nak buang sampai kena guna alat-alat yang canggih dan moden (canngih ke parang, cam zaman neolitik je..haha) untuk singkirkannya. Kengkadang tu, sampai sakit-sakit tangan sebab nak kena buang rumput-rumput tu..ish3x..


Haha, kesian rumput.. Ye, walaupun rumput tu bertindak jahat kepada sayur, dia masih lagi ciptaan Allah tahu, yang sentiasa berzikir kepada Allah. tapi maaf lah rumput, aku kena buang gak ko jauh2..haha..dan kalau korang nak tahu (terutama orang yang tak pernak jumpa rumput..hik2), rumput nh ada bermacam-macam rupa dan bentuk, ada yang renek, ada yang menjalar, ada juga yang angiosperm (berbunga)..Haha, macam tu juga jahiliyah, ada yang kita nampak buruk, ada yang nampak cantek..Dan kadang-kadang kita rasa nak biarr je rumput-rumput yang berbunga cantek-cantek tu hidup sedangkan ia akan membawa mudarat kepada kita..


Hehe, banyak kan pengajaran yang kita dapat..Sebab  tu, kita kena tebas rumput-rumput dalam batas kita sejak dia kecik lagi..Masa tu rumput tu masih lemah, akar dye pon tak kuat.Sayur kita pon masih lagi dominan mana tu.Sebab, bila rumput tu dah besar, makin susah nak cabot. Dan, kita, pemilik sayur-sayur tu pon kena sangat rajin bergerak. kalau kita buat tak endah je, maka akan beranak-pinak la rumput tu dan susah kita nak bersihkannya. Dan, kalau la (in case) memang batas kita dah penuh rumput sekalipun, teruskan juga usha membersihkannya.. Ya, sehari tebas, memang la tak cukup untuk betul-betul bersih..Tapi kalau dah buat berhari-hari, IAllah, mesti bersih.. Dan kadang-kadang kalau dah buat setiap hari akan ada je rumput-rumput baru yang degil dan tumbuh kembali, sebab tu la kita kena menebas dalam jemaah (haha) secara beramai-ramai, ada yang menebas, ada yang meracun, ada yang membakar (ups, pembakaran terbuka), supaya batas-batas kita subur dan sayur-sayuran segar boleh berputik dengan aman..OK?


Ok, jadi sesiapa yang nak lebih kefahaman bole la datang rumah saya untuk kursus mencabot rumput ye..Haha..Jom, kita sucikan hati kita dan buang segala rumput yang ada..Jadikan pertanian satu ibadah!!

No comments:

Post a Comment