AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Tuesday, July 5, 2011

JanjiNya

Haha. Sedar tak sedar malam nh result IB akan keluar. Ada yg kata ramai dpt 45, 42 dan lain-lain. Aku pun sedikit cuak bila baca post-post mereka dan cuba untuk berlagak tenang. Teringat perang Ahzab.


Untuk mereka yang ragu2:
(Yaitu) ketika mereka datang dari atas dan bawahmu, dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. (33:10)


kerana apada saat itu, kita, umat Islam terdedah kepada ancaman dari segenap penjuru hinggakan:
Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang dahsyat (33:11)


orang-orang munafik mula berkata:
Yang dijanjikan Allah dan rasulNya kepada kami hanya tipu daya belaka (33:12)


Namun, bagi orang-orang yang beriman:
Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita (33:22)


Maka, demikian itu menambah keimanan dann keislaman mereka.


Hari ini kita bakal diuji lagi. Ujian terhadap kata-kata kita:
"Usaha tidak menentukan hasil"
"Allah memandang usaha bukan keputusan"
"Rezeki tu milik Allah"
"Result kita dah tertulis dah"


Bersediakah kita?
Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesutu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (2:216)




Bersedia!


MENANG atau SYAHID

4 comments:

  1. (^^,) meredakan cuak sendiri..

    ReplyDelete
  2. anisah, moga bisamu terus bertambah untuk menyengat ummat ini dgn cahaya keimanan :)

    ReplyDelete