AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Tuesday, October 25, 2011

Antara Suka Dan Gembira

Kan ke cantek bila gembira?
Assalamualaikum. Saya percaya semua orang ada kesukaan dan perkara-perkara yang membawa kepada kegembiraan. Hal ini dikukuhkan lagi apabila saya sendiri mempunyai kedua-dua unsur tersebut; kesukaan dan kegembiraan. Namun, adakalanya kesukaan saya tidak mendatangkan kegembiraan dan kegembiraan saya tidak semuanya disebabkan kesukaan-kesukaan saya. 

Contohnya, kesukaan saya untuk makan kadangkala tidak langsung menggembirakan saya. Begitu juga dengan kesukaan untuk tidur sebanyak-banyaknya, lebih banyak berakhir dengan kesedihan berbanding kegembiraan. 

************

Sedih, bukan?


Namun, menjadi manusia yang penuh dengan kelemahan, acapkali saya lebih memilih kesukaan daripada kegembiraan. Ya, mementingkan kesukaan makan berbanding kegembiraan berpuasa dan kegembiraan khusyuk sewaktu solat. Mementingkan kesukaan tidur, berbanding kegembiraan berqiamullail. Walaupun sedar, yang sebenarnya perkataan "kesukaan saya" tidak sepatutnya wujud. Yang wujud hanyalah...

"KESUKAAN ALLAH"...  


Akhir kalam, sila hayati lagu ini...








1 comment: