AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Tuesday, November 1, 2011

Saya Tak Cukup Menawan Lagi

Assalamualaikum.

Saya mulakan tulisan ini dengan beberapa persoalan..

"Apa pandangan anda tentang Islam?"

"Adakah anda rasa Islam hanya ekslusif untuk sesetengah pihak sahaja?"

"Masihkah anda rasa anda tidak layak bercakap, bercerita dan menasihatkan orang dengan Islam?"

Baru sahaja berfikir tentang ke'ekslusifan' golongan yang digelarkan sebagai kuat beragama, sehinggakan membuatkan masyarakat merasa mereka sangat tinggi. Sangat-sangat mohon Allah melindungi diri daripada merasakan diri ini 'ekslusif' beragama dan YA! Saya tidak, malah sangat jauh lagi dari gelaran kuat beragama. Tetapi kadang-kadang, atas beberapa faktor, saya merasakan ke'ekslusifan' mengamalkan Islam. Bila orang melihat kita lebih berilmu dan 'kononnya'( berdoa suatu hari nanti akan jadi betul-betul)  sangat kuat beramal.

Jadi, apa pandangan anda?
ISLAM? 
EKSLUSIF?

Jawapannya, 

TIDAK!

Islam itu tidak ekslusif sama sekali, ia adalah anugerah untuk sekalian alam. Siapa pun berhak mendapatkan dan menikmatinya.


“Dan tidaklah kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat kepada 
seluruh umat manusai, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan” 
(Saba :28)

Islam adalah untuk semua orang. Dan Allah berhak mengurniakan hidayahNya kepada siapa pun yang Dia kehendaki, tanpa boleh dihalang oleh siapa pun.

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Mahasuci Allah yag masih memilih kita untuk merasakan hidayahNya, memberi kita ruang untuk taubat dan membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Cuba bayangkan kalau nikmat membezakan baik dan buruk ini dicabut dari kita. Apa yang mungkin sedang kita lakukan? Mungkin kemaksiatan yang penuh kelazatan itu yang sibuk kita kerjakan. Rasakanlah, kebaikan dan kefahaman dalam Islam yang kita peroleh ni adalah milik Allah, bukan atas kehebatan atau kebijaksaan kita. Rasakanlah ni sebagai rahmat, hadiah dan    kepercayaan atas satu tanggungjawab.

Kerana berapa banyak manusia yang lebih hebat dari kita yang tidak merasakan nikmat Islam ini. Steve Job contohnya, telah memudahkan kita untuk beramal. Mencipta teknologi2 yang membolehkan kita membaca al-Quran dan tafsir, mendengar nasihat dengan mudah melalui i-Phone rekaanya, tapi mati dalam kekafiran. Adakah ini memang suratan < sememangnya ini suratan Allah>, tapi di sebalik itu perlu juga kita fikir, apakah kekafiran Steve Job ini disebabkan kelemahan kita mengajaknya terhadap Islam? Adakah kita merasakan Islam hanya 'ekslusif' untuk kita yang sudah berketurunan Islam?

Mungkin contoh tadi nampak tidak relevan. Mari kita lihat dari konteks kita < kawan-kawan dan keluarga, mungkin>. Cuba fikir, berapa ramai kawan-kawan kita yang lebih hebat daripada kita. Kawan-kawan yang genius, pintar, aktif, pendek kata hebatlah, yang masih belum menerima sentuhan Islam < maksud saya, masih belum sedar tentang keseronokan Islam yang kita sedang rasa>. Adakah ketidak-tahuan mereka tentang Islam adalah disebabkan kita tidak menceritakan tentang Islam kepada mereka? Tidakkah kita sayang kawan-kawan kita?

Sebenarnya, saya sekadar merefleks diri sendiri. Merasakan yang masih ramai lagi kawan-kawan< mungkin termasuk anda> yang belum saya ceritakan tentang keseronokn Islam. . Dan sekadar ingin mengajak anda semua untuk duduk dan berfikir, yang..

Islam itu diturunkan buat ANDA.. Istimewa untuk ANDA, rahmat untuk ANDA. Ia bukan ekslusif kepada sesiapa. Oleh itu, biarpun kita tidak disampaikan tentang Islam, marilah KITA berlari kepadanya dan mencari kemanisannya, kerana PERCAYALAH tidak akan ada perkara lain yang akan anda dapat melainkan KEBERUNTUNGAN yang besar. Jadi, mengapa masih bertatih-tatih dan terhegeh-hegeh mengejar Islam? Kerana lihatlah sekeliling kita, berapa ramai pula insan2 yang telah tersedar dan berlari pecut menuju Allah? Mengapa di saat kita berlumba-lumba mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan, kita mahukan markah tercorot di mata Allah? Mari, kita saling menguatkan diri.

Dia sudah. Kita bila lagi?


Di sebalik kekalutan dan kehancuran moral dan budi, Allah tetap mahukan kebaikan untuk hamba-hambaNya. Tidakkah ini membuka mata kita untuk lebih sedar dan insaf bahawa, jika kita tidak mahukan Islam, masih ramai lagi jiwa-jiwa yang mengingininya. Keberadaan kita dalam Islam tidak menambah atau mengurangkan kuasa Allah pun. Petunjuk-petunjuk ini membuka minda kita untuk melihat semua manusia sebagai jiwa-jiwa yang cintakan Allah kerana inilah fitrah sebenar seorang manusiaa. Jadi, masih takut untuk mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan?

Islam itu tidak ekslusif. Maka, marilah kita merasakan nikamatnya bersama. Sebarkanlah kebaikan melalui diri kita< akhlak, ibadah dll>. Kerana, inilah jua salah satu kaedah untuk kita mengucapkan kesyukurann kepada Allah..

p/s: Merasakan yang diri ini tidak cukup sempurna dan tidak cukup hebat untuk menunjukkan kehebatan Islam kepada anda. Oleh itu, dalam proses saya memperbaik diri sedarlah yang Islam itu sangat cantik, dan marilah mulakan langkah bersama mencarinya. IAllah.


No comments:

Post a Comment