AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Friday, December 16, 2011

**

Assalamualaikum.

Aku sangat suka ayat ini (verse for the week) :

"Sehingga apabila rasul-rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan kaumnya) dan telah didustakan, datanglah kepada mereka (para rasul) itu pertolongan kami, lalu diselamatkan orang yang Kami kehendaki. Dan siksa Kami tidak dapat ditolak dari orang yang berdosa." (12:110)

Kalau dilihat secara keseluruhan surah Yusuf, ayat ini termasuk dalam ayat penutup surah, ia merupakan ayat kedua terakhir. Ayat 4-101 merupakan kisah tentang Nabi Yusuf.

Bukan nak bercerita tentang surah Yusuf secara terperinci, tapi suka dengan ayat-ayat penutup surah ini. Ayat 110, Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w untuk memujuk baginda terhadap perlakuan buruk Musyrikin. Kalau kita tengok ayat 3, kaum Musyrikin mengejek Nabi tentang kisah sirah dalam al-Quran. Mereka katakan yang baginda tdak ada sewaktu kisah-kisah itu berlaku, jadi mana mungkin Rasulullah boleh menceritakannya. Sebab itu Allah turunkan ayat 3,

"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui." (12:3)

Dan di akhir surah, Allah seolah-olah nak berkata kepada Rasullulah supaya tak hiraukan mereka yang tak beriman dan mendustakan kebenaran ini. Serahkan saja urusan mereka kepada Allah.

Tapi, bagi aku pula, aku sangat suka bahagian,

Sehingga apabila rasul-rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan kaumnya) dan telah didustakan

Ia macam memberi satu motivasi untuk kita cerita dan cerita dan cerita lagi tentang Allah dan Islam sehingga kita tak ada harapan lagi tentang keimanan seseorang tu dan kita telah didustakan. Pada tahap itu, (bila kita cerita dan buat apa pun tak mampu nak sedarkan seseorang tu tentang seronoknya Allah dan Islam) barulah kita harapkan pertolongan Allah dan serahkan urusan tersebut kepada-Nya.

(^___________________________^)

BEST KAN?
Ayat motivasi kepada kita untuk jangan takut nak cerita keseronokan Islam kepada seseorang sebab kalau kita takut-takut nak cerita, sapa lagi yang nak cerita kat dia. Dan, kalau dia sedar betapa bestnye Islam tu, mesti dia sangat berterima kasih kepada kita (Bukan kita nak terima kasih tu, imbalan kita hanya dari Allah, maksud saya dia pasti akan gembira dapat bertemu semula dengan Islam yang sebenar. Kan? ) Sehinggalah dia kata,

Dah, kau cakap lagi pasal Allah n Islam, aku tak nak kawan ngan kau
Kau bajet macam ustazah lagi aku halau kau keluar bilik nh
Hmm, da mula da nak buka cerita srah la, sahabat la... 

Barulah kita berhenti bercakap, (tapi mungkin boleh bagi buku dan video etc..hehe). 

P/s: Diri sendiri pun tak pernah pula kena marah atau dibenci kerana cerita pasal Islam, mungkin kerana aku sendiri pun takut/ segan/malas/ tak berusaha bersungguh-sungguh nak cerita pasal keseronokan Islam tu. IAllah, saya akan diuji (Oh, takut sangat!), tapi itulah yang saya rasa tentang ayat ini. 

Akhir kalam, kalau kita tak bercerita, mungkin akan ada orang lain yang bercerita. Dan alangkah buruknya jika seseorang itu memilih jalan kesesatan gara-gara kita tak menceritakan kepadanya kebenaran itu:


Rujukan:

3 comments: