AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Sunday, December 11, 2011

Ini Mungkin Buat Anda

-Buat sahabat yang dikasihi-

Teman,
Allah masih sayangkan kita,
Kerana Dia masih lagi memberi kita hari-hari baru,
Buat kita bertaubat dan bermuhasabah,
Buat kita beriman dan beramal.

Teman,
Allah masih sayangkan kita,
Kerana Dia masih lagi memberi kita,
Rasa gundah dan gulana itu,
Rasa berdosa, rasa ada yang tak  kena.

Teman,
Aku tidak menyatakan hatiku ini suci,
Pastinya kau boleh nampak itu,
Coret ini hanya sekadar luahan rasa
Nasihat seorang sahabat yang mengasihi,
Yang masih lagi menahan sabar memperbaik diri,
Walau seringkali hari-harinya tak lebih baik dari hari sebelumnya.

Teman, 
Allah masih sayangkan kita,
Sejak kita terpilih untuk lahir,
Sejak saat pertama kita merasa, 
Sejak saat pertama kita menikmati tarbiyah ini.

Teman,
Saat pertama kita melihat cahaya itu
Melihat ruang dan peluang itu,
Melihat sebuah kebebasan dan harapan baru,
Melihat sebuah cara hidup yang jauh lebih baik,
Kita telah sedar,
Bahawa kehidupan baru itu tinggi bayarannya,
Kehidupan baru itu menggadaikan kehidupan lama kita,
Kehidupan baru itu menuntut kesungguhan dan pengorbanan kita.

Tapi,
Kita,
Dengan yakin,
Telah memilih jalan itu,
Merentas duri dan cabaran pertama,
Dan kita berjaya melepasinya.

Kini, 
Kita masih lagi di atas jalan itu,
Jalan yang sama,
Jalan yang panjang itu.

Dan sekarang,
Kita masih lagi perlu memilih,
Samada untuk maju, mundur atau hanya diam,
Dan pilihan itu amat berat buat kita,
Pastinya kau lebih memahami.

Tapi, 
Hanya dengan jalan ini,
Kita akan sampai ke kehidupan yang baru itu,
Sepenuhnya,
Hanya dengan jalan ini.

Teman,
Aku tahu ini amat sukar bagimu, bagi kita,
Pastinya kau lebih memahami,
Tapi,
Punyakah kita pilihan lain? (Hah, aku sedang menggelakkan diriku sendiri)

Teman,
Marilah kita berlari,
Kerana kita telah yakin denganNya,
Kerana kita telah memilih.

Teman,
Berlarilah,
Dan seperti yang kau tahu,
Bawalah bersama,
Sekeping hati yang bersih dan putih,
Hati yang rendah dan tunduk,
Hati yang sering bergetar dengan ayat-ayatNya
Hati yang sering beristigfar, menangis, dan memohon taubat-Nya.

Teman,
Marilah kita berlari bersama,
Kerana kita sudah memilih.
Berlarilah,
Hingga ke hujungmya,
Dan sedarilah sesungguhnya,
Setiap larian itu hanya akan bermula
Dengan langkahan pertama.

-Dari seorang sahabat yang jauh dari-Nya-


3 comments:

  1. Jazakillah choyy.. InsyaAllah jom sama2 mnempuh kehidupan baru ini utk mncapai redha ilahi :-)

    ReplyDelete
  2. :) Beramal. Itu yang kita perlukan

    ReplyDelete