AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Sunday, March 20, 2011

Katakan Je Awak Tak CINTA


"Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keridaan Tuhannya, melaksanakan salat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kpaa mereka secara sembuyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan;itulah orang yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)(13:22)"

Siapa yang tak mahukan kesudahan yang baik? Anda? Awak? Kamu? Saya rasa tiada siapa pun yang inginkan pengakhiran yang buruk. Semua pun akan mengaku dia inginkan Syurga. Benarkah? Yang pasti tidak akan ada siapa yang inginkan Neraka. Mungkin ada. Mereka yang sudah putus asa dengan rahmat Allah barangkali. Aku mendoakan kepada siapapun, biar yang aku kenali atau pun tidak, kepada mereka yang sudah berputus asa atas rahmat Allah, moga-moga Allah beri kekuatan untuk terus berharap dan berusaha untuk kembali, kembali kepada Allah moga-moga mereka sedar akan keluasan rahmat dan pintu taubat yang Allah ciptakan buat mereka. Amin, InsyaAllah. Kerena aku mahu semua merasa nikmat yang bakal kita peroleh InsyaAllah bila mana kita memasuki SyurgaNya.

(yaitu) Syurga-syurga 'Adn,mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang saleh dari nenek moyangnya pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan),"Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu" (13:23-24)


FANATIK. Inilah yang sedang berlaku zaman ini(Ceh). Sebenarnya sejak zaman dulu pun. FANATIK. Satu kisah yang saya baru dengar, kisahnya ringkas dan mudah difahami tapi kesannya sangat membekas dan dalam. Menusuk sekali. Kisahya begini, beliau terbaca di akhbar kalau saya tidak silap. 

Ada seorang makcik(kerana usianya menjangkau 40 ke 50-an dan dia baru sahaja mengenal satu seni baru dalam hidupnya, yang hanya dikenalinya pada zaman ini. Senang cerita, dia baru saya menemui keindahan K-pop. Korea Pop(erm, tak begtu pasti betul atau tidak "term"nya. Dan dicertakan dia telah mengikuti hampir semua berita-berita artis-artis ini, pergi kesemua konsert-konsert. Pendek kata, tahu serba-serbi tentangnya. Subhanallah. Saya apa lagi. Kagumlah, kagum yang amat sangat. 

Apa yang paling saya kagum kan ialah bila kawan saya kata, "Tengok, betapa tingginya kecintaan mak cik tu kepada Korea, hingga sanggup buat apa saja untuknya. Dan tengoklah betapa rendah pula kecintaan kita kepada Allah jika kita tak mampu untuk buat apa saja untuk Allah (kami tengah bincang pasal "keterukan" semasa cuti)" Memang betul lah kata kawan saya tu. Bila kita cinta, kita secara automtik boleh buat apa pun untuk sesuatu yang kita cintai. Jadi kalau kita tak mampu untuk buat sesuatu kerana Allah; tak mampu nak lawan nafsu tidur dan x bangun qiam, tak mampu nak berpuasa sunat sebab takut lapar, tak mampu nak beajar sebab nafsu malas etc, cermin lah kembali dan sedarlah itulah cerminan cinta kita kepada Allah. Saya pula gatal-gatal menambah(pastilah akan diuji, MasyaAllah), "Bilamana kita rasa malas dan berat dan tak nak  buat sesuatu tu, tak payahlah kata kita lemah atau kita tak sampai tahap lagi atau apa pun, cakap sajalah AKU TAK CINTA ALLAH ,dan tak perlulah buat apa-apa pun".

Nota kaki: 
Aku tidak mengatakan kefanatikan terhadap korea atau terhadap apa pun tu haram atau tak dibenarkan Islam. Aku tak spekulasikan apa pun, sekadar nak menegaskan tentang KEFANATIKAN mak cik tersebut yang (fikirlah dan yanya fatwa hati) - (^^,) -

Thursday, March 17, 2011

Kurang Perasa..


"Dan milik-Nya siapa yang di langit dan di bumi. Dan (malaikat-malaikat) yang di sisi-Nya, tidak mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tidak (pula) merasa letih. Mereka (malaikat-malaikat) bertasbih tidak henti-hentiny malam dan siang" (23:19-20)

Sebenarnya aku amat terasa dengan ayat ni. Mungkin nampak sangat tak realistik untuk membandingkan diri dengan malaikat. Tapi bila ditelah semula ayat ni memang rasa terpukul dan tersindir dengan ayat ni. Memanglah kita bukan malaikat, kita punya kenginan dan hawa nafsu.Tapi, kita kata kta khalifah, kita pemakmur Bumi, kita yang menguasai Bumi dan khazanahnya,paling hebat, kerana Allah beri kita akal dan kebenaran untuk memilih dan memutuskan. Berbeza dengan makhluk lain yang Allah Islamkan secara paksa, yang tidak diberikan ruang untuk memilih.Kira hebatlah kita, sampai Allah kata:

Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk berpecah belah disebabkan takut kepada Allah.(59:21)

Ironinya, dalam bab ibadah, kitalah-akulah- yang paling lemah.Sangat malu rasanya.Ini merupakan kritikan ulung untuk diri aku sendiri. Pernah terbaca di Solusi sebenarnya. Apa yang aku faham ialah, bertambahnya ilmu hanya akan bermanfaat dengan bertambahnya amal, umpama menanam pohon, tujuannya adalah untuk menikmati buahnya. Untuk apa tanam pohon yang tidak berbuah??

Ilmu ibarat pohon dan amal ibarat buahnya. Jadi, kalau hanya menambah lmu membengkakkan kepala, tapi tidak diamalkan buat apa? Pernah juga mendengar erti sebenar nikmat Iman dan Islam(aku baru memahaminya pada usia 20 tahun walhal sudah mendengarnya saban hari sejak darjah satu kot..alahai anisa). Bila dikatakan nikmat Islam, itu bererti nikmat dalam Islam, agama yang satu-satunya diredhai Allah dan apabila dikatakan nikmat Iman bermakna nikmat melaksanakan amalan/ibadah kepada Allah. Sebab tu orang kata bila kuat Imannya, dia boleh melawan nafsu buruknya dan boleh beribadah kepada Allah tapi bila iman rendah dan lemah, tewaslah dia ngan nafsu dan tak mampu lah dia untuk beribadah dan beramal.

Terasa post nih sangat la ntah pape..tapi inilah yang mampu aku share(^^,) Serious! Sekarang sangat risau dengan IB. sampai bawak masuk dalam mimpi.Ini ternyata bukan anisa, yang sangat pening kepala tentang IB. Mungkin Allah nak suruh aku susah hati supaya aku sedar yang aku nih tak la bijak mane dan tak de placement university lagi. MasyaAllah.Aku berharap Allah akan beri aku masa yang cukup untuk aku berusaha sehabis-habsnya kerana-Nya.Takut juga dengan kata-kata novel(da lama tak baca novel melayu yang karat dan jiwang).

Usaha last minute, mana nak jadi!! 
Psst: sape ingat novel ape? aku ingat! Novel Seredup Kasihmu. Hero: Emir Safwan Heroin: Lea Haryani.
MasyaAllah, aku ingat lagi..Astaghfirullaha'azim(geleng-geleng kepala)


Jadi, begitulah. Semoga Allah bantu aku.Tak ingat ayat mane tapi Allah kata, 

Orang-orang yang masuk dalam Syurga. Merekalah orang-orang yang menang..

Aku nak menang jugak!!!Ya Allah, pilihlah aku untuk menang!!

Tuesday, March 15, 2011

Bersabarlah Dengan Kefuturan

Jika ditanya apa yang paling berat dan susah pada saat ini, maka jawabku adalah "KEFUTURAN". Jika disoal padaku mengapa? Maka jawabku kerana aku telah mula merasakan saat naiknya iman, maka aku pun(sebagai seorang yang bukan ma'sum-terpelihara dari dosa-) harus pula merasakan turunnya iman. Dan detik merasakannya pula bukanlah satu detik yang menasyikkan atau mengenakkan, tetapi satu detik yang penuh siksa dan kejahilan, seolah-olah aku belum pernah ditarbiya, seolah-olah aku belum pernah didengarkan dengan satu pun ayat-ayat suci al-Quran(ini hiperbola). Maaf, nadaku mungkin ke-Indonesia-an, tapi aku kira tidak mengapa, kerna bahasa itu urusan ke-2 bukan yang pertama.

Oleh kerana itu, aku mengambil iktibar atas kefuturan-kefuturanku yang lalu. Dan memohon kepada Allah agar tidak menguji aku dengan kefuturan yang tidak betah aku tangani. Takut-takut, ujian kefuturan itu menewaskanku lagi. Tiap-tiap manusia yang bukan ma'sum itu imannya turun dan naik. Namun, harapanku, nilai minimum skala y ku bukanlah pada kadar negatif atau kosong. Amin. Moga2 di kala cuti- walaupun tidak panjang- aku akan menang dan tidak kecundang. Begitu juga teman-teman keseluruhannya, InsyaAllah.

Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qulubana 'ala Dinik wa'ala Tha'atik wa'ala Jihadifisabilik

Thursday, March 3, 2011

PADAN MUKA AKU

Hahaha

Bergembiralah segala syaitan, bersuka rialah segala jin dan jembalang, puaslah nafsu, gemoklah kau minggu nih, ketawalah, ketawalah, bersoraklah, ketawalah berdekah-dekah, biar pecah terburai segala isi perut..Banggalah diri, rasakanlah ketinggianmu, dabiklah dada, hebatnya kau, makhluk yang terpaling hebat, yang bongkak dan merasa serba cukup, kelak kau hanya akan tersungkur! Terjatuh! Terhinakan! Termasuk dalam golongan orang2 yang rugi! Termasuk dalam golongan ahli Neraka! Banggalah kau, makhluk yang tak sedar diri, yang merasa diri terlalu hebat! Yang merasa kau makhluk paling mulia! Berbanggalah! Berpestalah!

Tunjukkan pada Penciptamu, setinggi mana kau boleh terbang, sejauh mana kau boleh pergi, sedalam mana kau boleh masuk, buktikanlah! Buktikan! 

Hahaha..gelaklah!! Gelaklah kau pada diri kau sendiri!

*Ini bukanlah pengisian yang membina. Ya muqallibal-Qulub, thabbit Qulubana 'ala dinik, wa'alal tha'atik