AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Thursday, September 20, 2012

Selamat Tinggal MANUSIA IBARAT LOGAM

Assalamualaikum

Ceh ceh ceh. Ni macam nak tiru langitilahi.blogspot je... haha. memang pon.. Dah lama x post apa2.. Kadang2 tak tahu adakah tak cukup tarbiyah yang ALlah beri untuk berkongsi atau mungkinkah hati ini terlalu keras dan hitam hingga tak mampu nak berkongsi. Tapi insyaAllah, terkuburnya blog ini tidak menghentikan mata pena dan papan kekunci saya. (Wahai.. macam penulis karya agung pulak.. kekeke)... Dan moga-moga ia titik buat satu permulaan baru yang lebih baik...

kerana akhirnya kita memerlukan orang-orang yang IKHLAS...

-hamba-

Friday, June 15, 2012

Perang 1 Minit


Assalamualaikum. (^__^)

Perang 1 Minit. Pernahkah anda tahu tentangnya? Mungkin ada yang tahu tentang Perang 6 Hari, tapi Perang 1 Minit... Tak pernah kot ek. Tak pe, biar saya cerita.

Perang 1 Minit berlaku di Northen Ireland. Lebih tepat lagi di Tollymore Forest Park, Belfast. Ia berlaku pada 4 May 2012. Betul! Recent sangat. Ia berlaku masa Summer Camp haritu. Hahah. (Mesti korang baru nak cari mood baca buku sejarah. =p )

Tapi perang ni seriusly terjadi OK!

First day. Selepas tarbiyah hujan dan kesejukan tahap maksima pada hari pertama, tarbiyah yang membuatkan semua orang beku dan muram. Semua tunduk. Wajah-wajah ceria ketika baru-baru sampai berubah menjadi dingin dan hambar. Sampai kem komandan kena cakap, " Tadi semua orang ceria, sekarang hujan, semua orang tunduk je... ". Fuh. Ikutkan hati, nak je balik time tu juga. Tak sanggup. Sleeping beg sejuk macam ice. Socks pon sejuk macam ice. Tapi, ngantuk punya pasal, aku tido je. Walaupun sebenarnya ada orang yang memang tak tahan n tido sambil mengigau-ngigau, "sejuk.. sejuk..".

Second day. Macam biasa, beratur pagi. Kakak2 3rd n 4th year mostly balik. Wargh!!! rasa cam nak ikut je derang. Tapi kalau balik, gila x macho. So stay la, n keep psycho diri, 'panas! panas!'. Ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari! Terasa sangat-sangat-sangat bersyukur! Kalau lah aku balik pagi tadi, mesti aku cuma ingat ada HUJAN je time Summer Camp, walhal Allah ada je nak bagi MATAHATARI. =D And petang (or malam tu) ada tazkirah n someone share, " Semalam rasa sangat tak best n rase nak balik n ada sorang kakak cakap, ALLAH CUMA NAK KITA SABAR JE. N that really made my day". n semua orang pon macam, phuaaaaa... best nye.. n semua orang keep on saying, ALLAH NAK KITA SABAR JE, ALLAH NAK KITA SABAR JE..

Third day. The big bay. Ada War Game. Serius, mula2 rasa cam , "eleh.. game je kot..". Tapi bila masa nya betul2 tiba, sumpah perut yang boroi pon boleh kecut! ( Erk sori bahasa apo nih). Tapi serius. bila Masulah War Game panggil semua orang untuk gather, semua orang cam kecut perut.. N masa tu, semua orang dibahagikan ke dalam 2 kerajaan, kena buat panji, kubu, n lantik raja + panglima.. Bila semua tu da siap, kitorang kena gather, n perang start dengan opening session, battle 1 to 1 between kerajaan. Time tu, serious rasa cam perang uhud. 1 lawan 1. N ingat derang (orang yang dipilih untuk wakilkan kerajaan) akan main ala-ala kadar je. Tapi rupanya tak! Muka bapak serius lagi menakutkan. serius! Sengit sangat! Seolah2 derang betul2 lawan fisabilillah! n yang paling tak tahan sekali, bila sorang tu da menang (selepas berguling-guling, sepak-menyepak semua) derang lari kat pihak lawan n peluk! Semua orang cam T.T

OK, sbenarnya nak cerita pasal Perang 1 Minit, tapi ter-recap the whole summer camp pulak. sori.

Battle 1 lawan 1 da tamat. Sekarang kami menunggu di kubu masing-masing. Menanti sama ada pihak lawan atau pihak kami cari pasal atau siren perang dibunyikan oleh masulah. Kedua-dua kerajaan cemas. Pada masa yang sama sibuk mengatur strategi. Aku memilih untuk tetap dekat kubu. Sebab sebagai pemegang panji ke-2, aku perlu berada dekat ngan panji yang dletakkan kat kubu. Masa tu x tahu nak rasa apa, sebab aku pun tak paham sangat strategi perang. dalam hati cakap, " Sumpah, tak mudah nak jadi macam Khalid al-Walid". Cuba ambil feel jadi pemegang panji. Tak de lah cuak sangat, tapi tak boleh! Sebab tadi, kami dah doa sama2, " Ya Allah, berilah kami perasaan sebagaimana perasaan para sahabat dalam perang". So, cuba juga hadirkan perasaan tu!

Cuak. Pengintip kami cakap, kami dah dikepung habis. Sebab kubu kami membelakangkan hutan, pihak musuh dah bersedia kat pokok-pokok. Tak macam kubu musuh, belakang derang ada pagar n semak, tak mungkin kami boleh menyelinap dari belakang. Kubu pertahanan kami di hutan (tempat berlindung kalau kubu roboh) pun dah ada pihak musuh. Cis! Ape pasal derang ni cekap sangat! Stress! Rasa macam kat pernag Ahzab pun ada. Perang bersekutu. Tak tahu nak fikir ape, masa tu aku da fikir x d harapan n cakap kat diri sendiri, " OK, bukan bilangan! bukan bilangan!" . Sebab ingat tak perang badar, kita menang 313 vs 1000.

Dan sambil tunggu siren yang ntah bila nak bunyi, baca surah al-anfal... Rasa nak menangis! Masa tu betul2 feel untuk perang fi sabilillah. N betul2 luruskan niat, pernag ni bukan nak menang, tapi nak rasa apa yang sahabat rasa. Tiba-tiba, ada beberapa pakcik datang, nak buang sampah. (Kitorang berkubukan tong sampah). N aku cam, " Apa pasal la time ni jugak pakcik ni nak buang sampah!! grr". Kitorang pon cakap, letak la kat tepi tu, t kitorang buang after game. Tapi derang beriya sangat nak buang. Kitorang malas layan, pakcik tu pun alih-alihkan sket kubu kitorang, buang sampah n jerit, " OK! WAR GAME OFFICIALLY STARTED!!!" Siren pon bunyi.. Cis!

Semua pon kabut. Ada yang gerila. Aku cam blur n OK, cepat pertahankan kubu! (sebab, itu tugas aku time tu). baru je nak baling peluru kat musuh tetiba, "ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!". Aku cam, apebende pulak ni.. n tetiba nampak sorang penyerang kitorang dah pegang panji musuh, kubu musuh dah roboh habis! n aku cam ya Allah!!! n masa tu kitorang bertakbir! n masa surah an-Nasr kuat-kuat! Bergema! Masa tu! Tak tahu lah.. rasa macam, mungkin perasaan bila Islam dah betul2 menang... Best! memori yang takkan terlupakan!

Ntahlah. It's just a game. Tapi... haha.. sebab tak pernah kot perang yang betul2 niat untuk islam. Time sekolah dulu adalah main, tapi x meniatkan untuk apa2 pun. tapi kali ni lain... Serius. n kependekan perang ni pun sth yang aku sangat2 terkesan (semua orang pon, IAllah).. N x d lah happy sebab menang, tapi the lesson... Ia sangat-sangatlah...

N after perang tu (malam), kitorang buat sharing session. N best sangat! Semua orang cakap pasal kehebatan perang tu.. Apa yang Allah tarbiyah derang, apa yang derang rase.. Subhanallah.. Sumpah, best. N masa tu aku terus teringat artikel "Amal Tak Pernah Ku Usai" tu.. Mungkin kalau nak cerita tentang artikel tu akan panjang, so soogle je. IAllah jumpa..

So, IAllah. Tu je nak share kat semua... Mungkin penulisan ni terlalu banyak kekurangan, n susah nak feel. So, nasihat saya, pergilah summer camp or any kind of Camping KITA di luar sana.. Ia takkan mengecewakan, denagn izin Allah.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka BERTASBIHLAH dengan ,memuji Tuhanmu dan MOHONLAH AMPUNAN kepada-Nya. Sungguh Diia Amah Penerima Taubat." (An-Nasr)

Saturday, May 26, 2012

Mungkin Dah Terlalu Lama...

Salam


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”



Belum mampu untuk menjadi sahabat sebaik gambaran Rasulullah...JOM! Berusaha..

Friday, May 11, 2012

=='

Jangan Emo. Jangan Ego. Itu tidak menawan untuk hati. Hmm

Saturday, May 5, 2012

Freedom?

Bismillah.

Fuh. (^______________^)
Alhamdulillah. Yeay!!!!!!!!  Dah habis periksa. Ok. Tak nak terlalu gembira sebab baru beberapa hari lepas saya begitu stress dan rasa nak bunuh diri (ini lebih-lebih) dan rasa hidup sangat tak menarik disebabkan peperiksaan. Dan sekarang, selepas baru beberapa jam kertas terakhir berakhir, saya dah melompat-lompat dan gembira macam tak-hengat-dunia? Oh. Itu kelihatan terlalu ironi. 

Ok. Sila jangan rasa saya terlalu keras, ganas dan alim dan super-beriman. Silakanlah bergembira dengan apa cara pun, selagi berniatkan kerana Allah dan tak melanggar syari'at. Cuma saya takut menjadi orang-orang yang tergolong dalam ayat 10:12.

Seronok.
Minggu ni alhamdulillah banyak sangat tarbiyah yang Allah ajar. Bukan disebabkan peperiksaan. Banyak lagi. Tarbiyah dan perasaan yang takkan lupa. Tak nak cerita apa dia tapi cuma nak kongsi apa yang saya dapat daripadanya. [Kecewa tak? Hoho]

#Pengajaran Nombor 1

    "Plan Your Work & Work Your Plan"

Ini sangat cliche. Ya saya tahu. Dah lama tahu. Tapi tak pernah belajar memahami dan mengamalkan. Tapi ia sangat penting. Merancang. Dan buat apa yang dirancang. Haha. Tak reti la nak hurai! Cari contoh sendiri eh.

#Pengajaran Nombor 2

   "Allah mungkin tak beri apa yang kita mahu. Tapi Dia beri apa yang kita perlu."

Kita memang boleh merancang. Dan mungkin boleh buat apa yang kita rancang. Tapi, akhirnya Allah juga yang akan menentukan kejayaan rancangan kita tu. Bila kita cakap, Allah tu Maha Berkuasa, Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, ya. Sebenarnya Allah benar-benar dengan sebenar-sebenarnya mempunyai segala ke-maha-an itu. Dia mampu! Bila kita kata, "Have Faith" maka berimanlah! Kerana Allah tu mampu! Dia mampu menurunkan hujan kepada tanah yang gersang dan kontang. Dan Dia pernah menukarkan daripada tanah yang gersang dan hitam kepada manusia pun. Jadi, apa yang menghalang Allah daripada buat keajaiban-keajaiban yang lain?

#Pengajaran Nombor 3

   'Dunia Bukan Syurga. Tapi Dunia Punya Syurganya Tersendiri'

Sampai sekarang, masih lagi gagal untuk meninggalkan keindahan dunia yang sementara nh. Huh. Ya. Masih mencari dan mendalami kemanisan dan ke-fanatik-an terhadap akhirat. Kadang-kadang rasa, tapi banyak kali lupa. Sekarang berazam untuk betul-betul mencari rasa cinta kepada Syurga. Dan nak menjadikan tugas 'abid (hamba) ini sebagai lapangan untuk merasai "syurga dunia".

Eh. Pernah tak rasa perasaan menjadi hamba, menjadi dekat dengan Allah, mengingati nikmat-nikmat Allah, memohon dan mengadu masalah dan kesedihan hati kepada Allah, semua tu, membuatkan kita tenang dan tersenyum sepanjang hari? Pernah tak menangis di tikar sejadah, berdoa dengan penuh harapan dan meluahkan segala rasa yang terpendam dan menyesak dalam dada dan benar-benar redha dengan Allah, dan semua tu melegakan jiwa kita dan menjadikan kita tenang, setenang-tenangnya? Pernah, kan? Sila senyum sekarang dan jom! Semai rasa itu dalam-dalam. Biar ia subur. Dan bila ia layu, kita kenang lagi saat manis itu dan menjadi segar kembali.

(^______________________^) Tak tahu nak cakap pe dah. 
I am good at "feeling" things but very bad in writing them. =________='
Ok. Jazakillah.  

Living Like a Fairytale?

5 more hours to go! [tapi sempat menulis? ini terlalu ironi. ==' ]
Please!!!!!!! One sentence only!

'Dunia Bukan Syurga,
 Tapi Dunia Punya Syurganya Tersendiri'

Get me? Later. Later. K, doakan saya!

Assalamualaikum. <3

Wednesday, May 2, 2012

Rindu sangat nak menulis. T.T. Sabar. 3 hari lagi! Sekarang perasaan sangat bercampur baur. Nak cepat-cepat habis exam dan pergi jauh-jauh! Erk. Sekarang pun dah agak jauh sebenarnya. Huhu. Ok, study! Hingga tiada lagi hujah! 

Bye2 
Salam ^^

Thursday, April 26, 2012

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum w.b.t.



Lagi 3 hari dan peperiksaan akan bermula. Dan alhamdulillah, banyak lagi yang belum dibaca. Takkan salahkan waktu atau sesiapa. Ia sepenuhnya salah saya. Haha. Terasa nak kongsi ayat yang sangt menarik. 

"Maka apakah Kami akan berhenti menurunkan ayat-ayat (sebagai peringatan) Al-Quran kepadamu, kerana kamu kaum yang melampaui batas?" [43:5]

Menarik, bukan? Menurut Qatadah: 
"Sekiranya Alquran itu telah diangkat atau ditiadakan ketika ia ditolak orang-orang pertama dari umat terdahulu, maka pasti mereka itu binasa, tetapi Allah SWT selalu memberikan rahmat dan kasih sayang Nya kepada mereka dan Muhammad senantiasa menyeru mereka selama dua puluh tahun lebih menurut izin dan kehendak Allah".
Allah tu sayang sangatkan kita. Walaupun Dia tahu kita adalah hamba-Nya yang melampaui batas, Dia tetap nak berikan kita hidayah. Tak pandai nak beri contoh kasih-sayang Allah kepada kita. Cuba pusing dan lihat kehidupan kita dari kecil hingga sekarang. Pastinya banyak sangat momen-momen manis antara kita dengan Allah, samada kita perasan atau tak. Sejak Allah pilih kita untuk jadi pelajar paling bijak kat tadika, sampailah Allah pilih kita untuk menjadi murid kesayangan cikgu. Ataupun bilamana Allah hadiahkan kita keluarga yang penuh dengan masalah; ekonomi, hubungan, dll. Atau bilamana Allah menguji kita dengan ujian-ujian yang kita tak pernah terbayang kita akan lalui, kakak mengandung anak luar nikah, abang lari rumah, kematian, kecurian, dll. Pandang balik ke belakang, dan lihat betapa banya masalah yang Allah telah bantu kita untuk menempuhinya. Di sebalik, kejahilan dan keingkaran kita terhadap Dia. 

Banyak kan?

Hidup adalah rangkaian masalah. Selepas habis satu, yang satu lagi telah menunggu. Dan sesungguhnya cabaran dan kesusahan itu adalah lumrah hidup di dunia. 

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah.(Al-Balad: 4)

Tapi bagi orang-orang mukmin itu,
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Amatlah rugi jika kita memandang buruk sesuatu ujian yang diturunkan oleh Allah dan menjadi lebih ingkar. JOM! Bersangka baik kepada Allah.


p/s: Contoh-contoh dalam post ini adalah post2 ekstrem. Mungkin sekali tiada kaitan dengan kita. Tapi, jangan lupa ada sahabat kita yang melaluinya. ^^,

Monday, April 23, 2012

Berusaha!

Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.” (al-Bukhari)



Tuesday, April 17, 2012

*

"Bukan siapa kita. Tapi bagaimana kita untuk ummat"
[Sang Pencerah]

Sunday, April 15, 2012

The Bus



6 April 2012
Spring Camp

Hampir 6.00 pagi. Masih kosong. Walhal bas sepatutnya sudah mula bergerak setengah jam yang lalu. Terus menunggu. Penumpang yang dinanti-nanti tak jua muncul. Pasti pak cik pemandu merasa hairan yang amat sangat. Pelik. Kerana penumpang bas ini seolah-olah mahu tak mahu pergi ke destinasi yang bakal dituju.

'Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanannya tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "Jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu."  ...

Kalau saja jalan ini mudah dan singkat, pasti bas ini sudah penuh sekarang. Tapi kerana jalan ini tidak begitu. Kerana destinasi akhir jalan ini terlalu jauh. Dan perjalannya terlalu panjang dan sangat menuntut pengorbanan. Ya. Walaupun kemenangannya pasti. Tetap. Ia berat. Kerana itu bas ini masih juga lengang.

Kalau saja bas ini bas pelancongan ke Itali dan Sepanyol, pastinya bas ini sudah penuh sekarang. Dan pastinya penumpangnya telah menanti jauh lebih awal daripada bas ini tiba. Pasti juga semua penumpang tersangat teruja dan berharap bas ini tiba lebih cepat dari yang ia bisa. Tapi bas ini bukan bas pelancongan yang berhenti di tempat-tempat yang menarik di serata dunia. Dan bas ini hanya berhenti di hentian-hentian yang boleh membawa penumpangnya ke Syurga. Dan hentian itu terkadang amat buruk dan tidak langsung mengujakan. Malah jalannya ditaburi dengan onak dan duri. Ya. Walaupun destinasi akhirnya Syurga. Yang  indah dan niannya tak tercapai dan tak terjangkau bayangan mata. Tetap. Ia berat. Kerana itu bas ini masih juga lengang.

Terus menanti. Seorang. Dua orang. Tiga. Seorang demi seorang datang. Aneh. Ada yang ceria. Tak kurang yang muram penuh durja. Kalau saja jalan ini mudah dan singkat dan bas ini adalah bas pelancongan ke Itali dan Sepanyol, pastinya bas ini sudah penuh sekarang. Tapi kerana bas ini bukan begitu. Kerana bas ini membawa hati dan bukannya hawa. Maka, penumpangnya tidak seghairah penumpang bas-bas lain. Berbeza. Kerana mereka adalah penumpang yang hatinya sedang disucikan Dia. Yang hatinya sedang disemai dengan ikhlas dan ihsan, disirami dengan cekal dan tekad, dibajai dengan jihad dan iktikad. Yang hatinya sedang berjuang mengimani 9:41 dan diasak dengan 9:24. Yang hatinya sedang direbut oleh dua tarikan; antara Tuhan yang Mencipta dan syaitan yang mendusta. Kerana pemilik hati-hati ini sedang berusaha, mencari makna sebenar kehidupan. Maka langkah yang terhasil pun lambat-lambat dan terasa berat yang amat sangat. Ya. Walaupun habuannya adalah bahagia selama-lamanya.  Tetap. Ia berat. Kerana itu bas ini masih juga lengang.  

Kerana itu seorang ulama dakwah telah berkata,

'mengalirlah bersama amal-amal ini niscaya ia akan mengalirkan dirimu'.
(Amal Tak Pernah Usai)

Kerana bas itu akan terus berjalan. Tetap. Ia akan terus meluncur di atas jalan itu. Ya. Jalan yang sukar dan panjang itu. Tapi masih. Penumpang-penumpang ini akan tetap dan takkan pernah lepas untuk terus menanti. Dan terus menanti. Hingga kalau boleh akan turun semula dan menarik tangan manusia yang lain untuk menaiki bas itu. Dan bersama menjadi penumpang yang setia. Itu impian kami, penumpang yang lemah dan tak terlepas dari ujian iman. Itu tekad kami. Selagi kami berdaya. InsyaAllah. Kerana sesungguhnya, gerabak ini adalah gerabak KITA bersama. 

Moga Allah redha.


Hamba 



p/s: 
sambungan ayat 9:42. 
"...Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." 
Tak tertulis. Berat. Pasti (harap) kita tidak termasuk dalam golongan orang yang berdusta. Amin.

Thursday, April 5, 2012

To that one, it made a difference!

Salam.



Every small bits that we did, it is counted. Sesungguhnya Dia Maha Teliti.

Wednesday, April 4, 2012

The Other Me?

Senyum.

Assalamualaikum.

Dah lama betul rasanya aku tak senyum.

Senyum yang dari hati, maksudku.

Tapi hari ni Allah bagi aku senyum lagi.

Melawat-lawat blog-blog manusia.

Dan tiba-tiba. Eh!

Dia ni... Macam aku.

Haha.

Membaca tulisannya betul-betul mengingatkan aku pada diriku sendiri. 

Mengingatkan aku pada zaman muda-muda dulu. 

Mengingatkan aku pada zaman aku baru berkenalan dengan Dia. 

Ya. 

Dengan Dia. 

Dia yang semakin banyak aku tahu tentang-Nya, makin tak kenal aku dibuatnya.

Dia yang semakin banyak aku tahu tentang sifat-Nya, makin tak sensitif aku pada sentuhan-Nya. 

Dia yang semakin banyak kali aku mendengar tentang-Nya, makin tak nampak aku pada ketukan-ketukan-Nya. 

Dia yang semakin banyak aku hebah-hebahkan kepada orang, makin sepi dalam hati aku.

Astaghfirullah.


Senyum lagi.

Allah,
Sesungguhnya akulah hamba-Mu,
Yang Kau pernah sentuh dulu.

Sesungguhnya akulah Anisah.
Yang pernah sangat-sangat inginkan cinta-Mu.

Sesungguhnya akulah Anisah.
Yang pernah sangat bersungguh-sungguh mendekatkan diri pada-Mu.

Ya Allah..
Sesungguhnya akulah Anisah.
Masih lagi seorang Anisah.
Hamba-Mu yang sama.

Tetaplah Ya Allah,
Menyentuh dan membimbing-Ku.

Kerana aku masih hamba-Mu yang itu.

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Monday, April 2, 2012

Taking things for granted?

Tak pernah gagal untuk iri hati kepada mereka yang sentiasa bahagia dengan bersyukur dan berterima kasih walau dengan sekecil-kecil benda yang dikurniakan Allah kepada mereka seperti dapat bangun pagi semula.

Perlu tambah lagi kesyukuran kepada Dia...

Friday, March 30, 2012

=')

"Islam adalah ikhlas dan sabar" 
-Ayat-ayat cinta-

Tuesday, March 27, 2012

Assalamualaikum wbt.

Semoga masih lagi dalam kesedaran untuk mencari rahmat dan petunjuk Allah.


'Pikiran tak dapat dibatasi, lisan tak dapat dibungkam, anggota tubuh tak dapt diam.'
(Abdul Wahab Azzam -Amal Tak Pernah Ku Usai-)

Beberapa hari ayat di atas bermain di fikiran saya. Merasakan betapa sukarnya membentuk manusia. Mana nak jaga hati, nak jaga ilmu, nak jaga amal, nak jaga semua benda lah. =D  

Dan tak dinafikan sampai satu tahap rasa nak tutup handphone, tak mahu terima apa2 mesej, duduk dalam bilik diam-diam dan tidur. Itu lebih menyeronokkan dan merehatkan. Kan? Pernah tak rasa begitu?

Itulah cabaran berhubung dengan manusia kerana sesungguhnya,  'hati manusia lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak'. [Muntalaq]

Serius. Kalau bukan ini adalah jalan ke Syurga, jalan kepada keredhaan Allah nescaya kita tidak akan sanggup untuk menggalas tanggungjawab yang maha berat ini. Kan?

Tapi tak pe lah. Allah dah berjanji. Sesungguhnya jalan yang susah dan mendaki inilah jalan yang Dia redha. Jalan bagi orang-orang bergolongan kanan sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Balad.

Dan tak pe lah, kerana
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orng mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (9:111) 

So, selamat berjuang! 

Thursday, March 22, 2012

"Beri saya satu sebab kenapa anda buat sesuatu hinggakan kalau tak kerana sebab itu, anda takkan buat pon sesuatu itu."

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Tiada kata yang lebih indah selain kata puji-pujian ke atas Allah yang telah menciptakan kita. Tuhan yang sama yang telah menciptakan Adam dan Hawa. Tuhan yang sama yang telah menciptakan Ibrahim dan Ismail. Yang telah menciptakan Muhammad, Abu Bakar, Bilal, Umar dan lain-lain. Tuhan yang sama yang kita minta pertolongan sewaktu SPM dulu. Tuhan yang sama yang kita seru2 di KMB. Tuhan itu. Tuhan yang sama. Masih. Dia yang satu itu. 

Alhamdulillah. Alhamdulllah. Alhamdulillah. Tak tahu apa lebihnya diri ini jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi Dia masih terus memilih untuk berada di atas jalan ini. Jalan yang tampaknya beronak dan beranjau tapi sebenarnya penuh dengan kemanisan tarbiyah dan kecintaan mengenali Tuhan. Jalan menuju Syurga. Walaupun pedih. Ia tetap manis. 

Banyak belajar. Banyak bersyukur dan mensyukuri. baru terasa bahangnya medic. Baru faham kenapa ada yang pergi meninggalkan jalan ini kerana studies. Baru dapat membayangkan bagaimana orang boleh terfikir untuk undur diri setelah bekerja dan berumahtangga. Baru dapat menghargai betapa besarnya mujahadah kakak2 yang masih beraa di atas jalan ini. Despite of  betapa banyaknya kepincangan yang kita lihat di sana dan di sini. Tap masih Dia memilih kita. Adakah nikmat yang lebih besar dari ini?

Sila jawab soalan ini,

"Beri saya satu sebab kenapa anda buat sesuatu hinggakan kalau tak kerana sebab itu, anda takkan buat pon sesuatu itu."

Ya. Ia satu soalan. Yang perlukan jawapan. Apakah dia sesuatu sebab yang kalau tak disebabkan olehnya,, kita tak buat pon sesuatu yang kita buat tu.

Mungkin anda serabut. Biar saya beri satu contoh.

Contoh:
Beri saya sebab kenapa awak study hinggakan kalau bukan kerana sebab itu awak takkan study pon.

Beri saya satu sebab kenapa awak makan hinggakan kalauu bukan kerana sebab itu awak takkan makan pon.

Beri saya satu sebab kenapa awak pergi QC/usrah/ sitting/ whatever hinggakan kalau bukan kerana sebab itu awak takkan pergi pon usrah.

And the list goes on.

Beri saya satu sebab.

Bagi saya, jawapan saya ialah:

"Allah"

Saya harap jawapan anda pon sama.

"Allah"

Ya. Dialah penyebab saya buat semua yang di atas hinggakan kalau bukan sebab Dia, saya takkan buat dan tak nak pon buat. [Mungkin akan makan tapi kerana hawa nafsu. Ok tu kes lain]

By the way, post ini hanya valid untuk manusia-manusia yang menjadikan dan nak menjadikan Allah  penyebab segala perbuatan dan tindak tanduk mereka. 

Jadi bilamana kita kata,

"Saya buat __________ kerana Allah dan kalau tak kerana-Nya saya takkan buat pon ______ tu",

di mana pulak kita letakkan Dia sewaktu kita rasa kita tak nak buat sesuatu tu? Bilamana kita kata kita buat sesuatu kerana Allah, adakah Dia juga menjadi penyebab untuk kita tak melakukan sesuatu?

Bila study nampak sangat meruncing, adakah Dia menjadi penyebab untuk kita tak pergi usrah, QC dan sebagainya.

Bila emosi sangat terganggu, badan letih dan rasa tak larat, adakah Dia menjadi penyebab untuk kita tak berbuat baik terhadap sahabat-sahabat kita?

Tak tahulah sampai atau tak mesej saya. Tapi, apa yang saya  cuba nak sampaikan adalah apa pun yang kita buat, semoga Allahlah penyebab dan penolaknya.

Bila kita rasa nak berhenti, berehat dan bersenang-senang, moga kita ingat semula atas dasar apa kita bergerak dan atas dasar apa pula kita tak mahu bergerak.

Hidup ialah Islam. dan Islam adalah hidup. Memilih untuk hidup dalam Islam umpama memilih antara makan nasi elok yang nampak buruk lagi hodoh dengan makan nasi basi yang dihias cantik ngan cili dan lobak merah. Kita mungkin lebih tertarik untuk pilih nasi basi yang dihias cantik ngan cili dan lobak merah tu, tapi kita tahu kita hanya akan mendapat mudarat. Jadi we have no choice!  Nasi elok yang nampak buruk dan hodoh tu lah yang terpaksa kita pilih. Ya mungkin terpaksa. Kerana kita memang perlukannya untuk terus hidup. Hanya dengan nasi elok yang nampak buruk dan hodoh tu lah kita akan merasai nikmat membesar dengan sihat dan suburnya. IAllah.

Semoga kita terus bijak memilih.Dan semoga Allah sentiasa memandu hidup kita dengan cinta-Nya kerana sesungguhnya tiada yang lebih manis dalam hidup ini melainkan jatuh cinta kepada Allah. <3

Tuesday, March 13, 2012

Friday, March 9, 2012

Betulkah cinta?

"Kita disentuh dan disapa Allah pada saat awal-awal dulu dengan cinta-Nya. Harap-harap, semakin bertambah usia kita di jalan ini tak melupakan kita kepada sentuhan pertama itu, malah menguatkan lagi"

Cinta Allah. Itu yang kita cari. Kan?


Thursday, March 1, 2012

Aduhai

Bila kita kata nak masuk gear 2, 3 4 mahupun 5, sepatutnya kerete akan jadi semakin laju meluncur ke hadapan, bukan? Bukan semakin lambat, mengundur mahupun membelok ke kiri atau kanan dan mengambil lencongan sisi di lingkungan tajam atau pembahu jalan dan pusing ke belakang, bukan?


...krik...krik..... krik.



Tapi jangan lupa, cik pemandu. Boleh jadi ada batu besar, lori tangki pemutar simen, pokok tumbang atau ultraman dyna sedang bertarung dengan raksasa di hadapan!


..............krik........


Atau juga kereta anda terhabis minyak hitam dan minyak pelincir. Atau minyak petrol, diesel atau gas asli anda tu telah bercampur dengan air. Atau lebih mengerikan lagi kalau sebenarnya banyak sangat bendasing-bendasing lain. Atau kereta anda tu telah sampai ke kelajuan yang maksimum atau ia telah terlalu tua dan tepok untuk menambahkan kelajuannya.


krik?


Tapi, jangan asek salahkan kereta dan jalan raya. Boleh jadi juga andalah[ eh. anda? anda ke? kita. kita.] yang belum lulus kelas memandu dan masih lagi di takuk P dan asek gagal je untuk beralih ke gear yang lebih tinggi. Mungkin juga kita selalu sangat memandu kereta automatik yang tidak memerlukan mujahadah sedikitpun untuk menukar gear. Atau kita memang selesa dengan kelajuan yang sedia ada. Mulut je kata nak pecut, hati kata, aku dah OK.


[....]


Atau pun, siyes nh adalah kemungkinan terakhir. Kereta itu telah ada kat jalan mati. 
[ x dapek nak menolong eh]

...


Jap. Jap. Apa mesej ko nh??


So, 
Cepat! Turun kereta! dan PECUT!! 


***

[................ ==' ]



Saturday, February 25, 2012

(^o^)

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan


Tapi,
Pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"


-Imam Ghazali-

Duhai Bonda~~ Duhai Ayahanda~~

Allah tu memang da sedia best.
Islam tu pun da sedia best.
Allah tu da sedia hebat.
Islam tu pun da sedia hebat. 
 Lalu kita?

ps: Sesungguhnya tajuk hanyalah sebagai penarik semata-mata. Eh

Sunday, February 5, 2012

Nikmat Ikhlas

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ini, ada beberapa perkataan yang tak henti-henti berlegar di hati dan minda saya. Sering. Sentiasa.  Pertama, IKHLAS. Keduanya, RABBANI.

Tak tahu kenapa. Tapi, kemana saya pergi, bersama siapa saya pergi, 2 perkataan ini pasti akan terkeluar dari mereka. Allah.

Tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi, apa yang terintas di fikiran saya, "Ya Allah...Apa Kau nak beritahu aku nh?" < walaupun sebenarnya saya tahu je, pastinya Allah nak saya muhasabah dan merefleksi diri sejauh manakah ikhlas dan rabbani saya >.

Dan selalu lah teringat satu ayat ni,

"Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu diterima dan diakui (Allah)" (76:22)


Sangat-sangat risau. Kalau-kalau segala usaha yang sedang aku lakukan, rupa-rupanya aku tak buat kerana Allah. Lebih takut lagi kalau aku buat kerana habuan dunia, nama, pujian etc. Astagfirullah. Sangat-sangat risau kalau amalan-amalan yang aku buat akan tinggal debu di hadapan Allah nanti.

"Perumpamaan orang yang ingkar kepada Tuhannya, perbuatan mereka seperti abu yang ditiup oleh angin keras pada suatu hari yang berangn kencang. Mereka tidak kuasa (mendatangkan manfaat) sama sekali dari apa yang teah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh." (14:18)

Sangat takut juga kalau, bila sampai masa aku berhadapan dengan Allah nanti segala amalan yang aku bawa Allah lempar ke tepi kerana ia tak langsung diniatkan kerana-Nya.

Ikhlas nh kita sangat selalu dengar. Kita dah banyak kali belajar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Dan banyak sangat dengar. Tapi bagi aku sendiri, aku pun tak pasti samada aku tak benar-benar menjadi seorang mukhlisin atau belum.

Tapi tu la, cuba bayangkan... Alangkan seonoknya, kalau pada saat kita berjalan ke hadapan Allah untuk dipersoalkan, kita mampu mempersembahkan amalan-amalan yang IKHLAS dan Allah kata, "Wahai ___________, segala usahamu diterima dan diakui"

DITERIMA!

DIAKUI!

LEPAS!

LEPAS!

LULUS!

DAN LAYAK UNTUK MASUK KE SYURGA!

BEST BUKAN???

Sunday, January 22, 2012

Monolog Seorang Hamba

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sesungguhnya setiap hari yang kita lalui tu, Allah susun dengan kemas dan rapi tarbiyah-tarbiyah, serta silibus-silibus untuk membina dan mematangkan kita.

Serius. Semakin lama kita hidup, semakin banyak ilmu dan kefahaman kita, kita makin tahu, yang sebenarnya kita bukanlah sesiapa. Kita semakin tahu yang kita tak pernah berjaya buat apa-apa. Kita semakin tahu yang sebenarnya kita hanyalah seorang hamba yang hina. Hamba yang punya apa. Tak punya apa. Langsung. Kita semakin tahu yang sebenarnya dalam hidup kita, kita hanya memerlukan Allah. Kita hanya ada Allah. 

Tapi betapa hinanya manusia kerana kita sering lupa. Lupa bahawa segala kejayaan kita, segala kehebatan kita, segala kontribusi kita. Semuanya adalah dengan izin Allah. Semuanya. Walau untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. Walaupun untuk bangun tahajud dan berpuasa. Walaupun untuk menghafaz dan menghafal. Walaupun untuk memasak dan menghidang. Semuanya adalah dengan izin Allah. 

"(Al-Quran) itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam, (yaitu) bagi siapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam." (81:27-29)

Betapa hinya kita kerana kita selalu lupa sebab atas segala tindakan kita. Lupa yang sebenarnya segala apa yang kita buat adalah untuk mencari redha Allah. Adalah untuk memuji dan memuja Allah. Adalah untuk meninggikanNya, walaupun Dia tak sedikit pun memerlukannya. Walau itu semua tidak sedikit pun menambahkan kedudukanNya. Kita sering lupa yang sebenarnya kitalah yang memerlukan Dia. Maka kerana itulah kita menyembahNya. Untuk mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kitalah HAMBA dan Dialah TUAN. Maka kerana itulah kita sujud dan tunduk padaNya. Kerana kita tak punya apa pun. Kerana Dialah yang Maha Pemberi, Dialah tempat Meminta. Dia pintu segala kebahagiaan dan ketenangan. Pintu keselamatan dan pintu keredhaan. 

"Dan apabila mereka mendengarkan apa (Al-Quran) yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran  yang telah mereka ketahui  (dari kitab-kitab mereka sendiri),, seraya berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad)"

"Dan mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami padahal kami sangat ingin agar Tuhan memasukkan kami ke dalam golongan orag-orang saleh? "

"Maka Allah memberi pahala kepada mereka atas perkataan yang telah mereka ucapkan, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang yang berbuat kebaikan." (5:83-85)

Maka, mengapa masih lagi ragu-ragu? Duhai hati...