AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Sunday, January 22, 2012

Monolog Seorang Hamba

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sesungguhnya setiap hari yang kita lalui tu, Allah susun dengan kemas dan rapi tarbiyah-tarbiyah, serta silibus-silibus untuk membina dan mematangkan kita.

Serius. Semakin lama kita hidup, semakin banyak ilmu dan kefahaman kita, kita makin tahu, yang sebenarnya kita bukanlah sesiapa. Kita semakin tahu yang kita tak pernah berjaya buat apa-apa. Kita semakin tahu yang sebenarnya kita hanyalah seorang hamba yang hina. Hamba yang punya apa. Tak punya apa. Langsung. Kita semakin tahu yang sebenarnya dalam hidup kita, kita hanya memerlukan Allah. Kita hanya ada Allah. 

Tapi betapa hinanya manusia kerana kita sering lupa. Lupa bahawa segala kejayaan kita, segala kehebatan kita, segala kontribusi kita. Semuanya adalah dengan izin Allah. Semuanya. Walau untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. Walaupun untuk bangun tahajud dan berpuasa. Walaupun untuk menghafaz dan menghafal. Walaupun untuk memasak dan menghidang. Semuanya adalah dengan izin Allah. 

"(Al-Quran) itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam, (yaitu) bagi siapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam." (81:27-29)

Betapa hinya kita kerana kita selalu lupa sebab atas segala tindakan kita. Lupa yang sebenarnya segala apa yang kita buat adalah untuk mencari redha Allah. Adalah untuk memuji dan memuja Allah. Adalah untuk meninggikanNya, walaupun Dia tak sedikit pun memerlukannya. Walau itu semua tidak sedikit pun menambahkan kedudukanNya. Kita sering lupa yang sebenarnya kitalah yang memerlukan Dia. Maka kerana itulah kita menyembahNya. Untuk mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kitalah HAMBA dan Dialah TUAN. Maka kerana itulah kita sujud dan tunduk padaNya. Kerana kita tak punya apa pun. Kerana Dialah yang Maha Pemberi, Dialah tempat Meminta. Dia pintu segala kebahagiaan dan ketenangan. Pintu keselamatan dan pintu keredhaan. 

"Dan apabila mereka mendengarkan apa (Al-Quran) yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran  yang telah mereka ketahui  (dari kitab-kitab mereka sendiri),, seraya berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad)"

"Dan mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami padahal kami sangat ingin agar Tuhan memasukkan kami ke dalam golongan orag-orang saleh? "

"Maka Allah memberi pahala kepada mereka atas perkataan yang telah mereka ucapkan, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang yang berbuat kebaikan." (5:83-85)

Maka, mengapa masih lagi ragu-ragu? Duhai hati...