AKU

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Thursday, April 26, 2012

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum w.b.t.



Lagi 3 hari dan peperiksaan akan bermula. Dan alhamdulillah, banyak lagi yang belum dibaca. Takkan salahkan waktu atau sesiapa. Ia sepenuhnya salah saya. Haha. Terasa nak kongsi ayat yang sangt menarik. 

"Maka apakah Kami akan berhenti menurunkan ayat-ayat (sebagai peringatan) Al-Quran kepadamu, kerana kamu kaum yang melampaui batas?" [43:5]

Menarik, bukan? Menurut Qatadah: 
"Sekiranya Alquran itu telah diangkat atau ditiadakan ketika ia ditolak orang-orang pertama dari umat terdahulu, maka pasti mereka itu binasa, tetapi Allah SWT selalu memberikan rahmat dan kasih sayang Nya kepada mereka dan Muhammad senantiasa menyeru mereka selama dua puluh tahun lebih menurut izin dan kehendak Allah".
Allah tu sayang sangatkan kita. Walaupun Dia tahu kita adalah hamba-Nya yang melampaui batas, Dia tetap nak berikan kita hidayah. Tak pandai nak beri contoh kasih-sayang Allah kepada kita. Cuba pusing dan lihat kehidupan kita dari kecil hingga sekarang. Pastinya banyak sangat momen-momen manis antara kita dengan Allah, samada kita perasan atau tak. Sejak Allah pilih kita untuk jadi pelajar paling bijak kat tadika, sampailah Allah pilih kita untuk menjadi murid kesayangan cikgu. Ataupun bilamana Allah hadiahkan kita keluarga yang penuh dengan masalah; ekonomi, hubungan, dll. Atau bilamana Allah menguji kita dengan ujian-ujian yang kita tak pernah terbayang kita akan lalui, kakak mengandung anak luar nikah, abang lari rumah, kematian, kecurian, dll. Pandang balik ke belakang, dan lihat betapa banya masalah yang Allah telah bantu kita untuk menempuhinya. Di sebalik, kejahilan dan keingkaran kita terhadap Dia. 

Banyak kan?

Hidup adalah rangkaian masalah. Selepas habis satu, yang satu lagi telah menunggu. Dan sesungguhnya cabaran dan kesusahan itu adalah lumrah hidup di dunia. 

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah.(Al-Balad: 4)

Tapi bagi orang-orang mukmin itu,
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Amatlah rugi jika kita memandang buruk sesuatu ujian yang diturunkan oleh Allah dan menjadi lebih ingkar. JOM! Bersangka baik kepada Allah.


p/s: Contoh-contoh dalam post ini adalah post2 ekstrem. Mungkin sekali tiada kaitan dengan kita. Tapi, jangan lupa ada sahabat kita yang melaluinya. ^^,

Monday, April 23, 2012

Berusaha!

Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.” (al-Bukhari)



Tuesday, April 17, 2012

*

"Bukan siapa kita. Tapi bagaimana kita untuk ummat"
[Sang Pencerah]

Sunday, April 15, 2012

The Bus



6 April 2012
Spring Camp

Hampir 6.00 pagi. Masih kosong. Walhal bas sepatutnya sudah mula bergerak setengah jam yang lalu. Terus menunggu. Penumpang yang dinanti-nanti tak jua muncul. Pasti pak cik pemandu merasa hairan yang amat sangat. Pelik. Kerana penumpang bas ini seolah-olah mahu tak mahu pergi ke destinasi yang bakal dituju.

'Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanannya tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "Jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu."  ...

Kalau saja jalan ini mudah dan singkat, pasti bas ini sudah penuh sekarang. Tapi kerana jalan ini tidak begitu. Kerana destinasi akhir jalan ini terlalu jauh. Dan perjalannya terlalu panjang dan sangat menuntut pengorbanan. Ya. Walaupun kemenangannya pasti. Tetap. Ia berat. Kerana itu bas ini masih juga lengang.

Kalau saja bas ini bas pelancongan ke Itali dan Sepanyol, pastinya bas ini sudah penuh sekarang. Dan pastinya penumpangnya telah menanti jauh lebih awal daripada bas ini tiba. Pasti juga semua penumpang tersangat teruja dan berharap bas ini tiba lebih cepat dari yang ia bisa. Tapi bas ini bukan bas pelancongan yang berhenti di tempat-tempat yang menarik di serata dunia. Dan bas ini hanya berhenti di hentian-hentian yang boleh membawa penumpangnya ke Syurga. Dan hentian itu terkadang amat buruk dan tidak langsung mengujakan. Malah jalannya ditaburi dengan onak dan duri. Ya. Walaupun destinasi akhirnya Syurga. Yang  indah dan niannya tak tercapai dan tak terjangkau bayangan mata. Tetap. Ia berat. Kerana itu bas ini masih juga lengang.

Terus menanti. Seorang. Dua orang. Tiga. Seorang demi seorang datang. Aneh. Ada yang ceria. Tak kurang yang muram penuh durja. Kalau saja jalan ini mudah dan singkat dan bas ini adalah bas pelancongan ke Itali dan Sepanyol, pastinya bas ini sudah penuh sekarang. Tapi kerana bas ini bukan begitu. Kerana bas ini membawa hati dan bukannya hawa. Maka, penumpangnya tidak seghairah penumpang bas-bas lain. Berbeza. Kerana mereka adalah penumpang yang hatinya sedang disucikan Dia. Yang hatinya sedang disemai dengan ikhlas dan ihsan, disirami dengan cekal dan tekad, dibajai dengan jihad dan iktikad. Yang hatinya sedang berjuang mengimani 9:41 dan diasak dengan 9:24. Yang hatinya sedang direbut oleh dua tarikan; antara Tuhan yang Mencipta dan syaitan yang mendusta. Kerana pemilik hati-hati ini sedang berusaha, mencari makna sebenar kehidupan. Maka langkah yang terhasil pun lambat-lambat dan terasa berat yang amat sangat. Ya. Walaupun habuannya adalah bahagia selama-lamanya.  Tetap. Ia berat. Kerana itu bas ini masih juga lengang.  

Kerana itu seorang ulama dakwah telah berkata,

'mengalirlah bersama amal-amal ini niscaya ia akan mengalirkan dirimu'.
(Amal Tak Pernah Usai)

Kerana bas itu akan terus berjalan. Tetap. Ia akan terus meluncur di atas jalan itu. Ya. Jalan yang sukar dan panjang itu. Tapi masih. Penumpang-penumpang ini akan tetap dan takkan pernah lepas untuk terus menanti. Dan terus menanti. Hingga kalau boleh akan turun semula dan menarik tangan manusia yang lain untuk menaiki bas itu. Dan bersama menjadi penumpang yang setia. Itu impian kami, penumpang yang lemah dan tak terlepas dari ujian iman. Itu tekad kami. Selagi kami berdaya. InsyaAllah. Kerana sesungguhnya, gerabak ini adalah gerabak KITA bersama. 

Moga Allah redha.


Hamba 



p/s: 
sambungan ayat 9:42. 
"...Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." 
Tak tertulis. Berat. Pasti (harap) kita tidak termasuk dalam golongan orang yang berdusta. Amin.

Thursday, April 5, 2012

To that one, it made a difference!

Salam.



Every small bits that we did, it is counted. Sesungguhnya Dia Maha Teliti.

Wednesday, April 4, 2012

The Other Me?

Senyum.

Assalamualaikum.

Dah lama betul rasanya aku tak senyum.

Senyum yang dari hati, maksudku.

Tapi hari ni Allah bagi aku senyum lagi.

Melawat-lawat blog-blog manusia.

Dan tiba-tiba. Eh!

Dia ni... Macam aku.

Haha.

Membaca tulisannya betul-betul mengingatkan aku pada diriku sendiri. 

Mengingatkan aku pada zaman muda-muda dulu. 

Mengingatkan aku pada zaman aku baru berkenalan dengan Dia. 

Ya. 

Dengan Dia. 

Dia yang semakin banyak aku tahu tentang-Nya, makin tak kenal aku dibuatnya.

Dia yang semakin banyak aku tahu tentang sifat-Nya, makin tak sensitif aku pada sentuhan-Nya. 

Dia yang semakin banyak kali aku mendengar tentang-Nya, makin tak nampak aku pada ketukan-ketukan-Nya. 

Dia yang semakin banyak aku hebah-hebahkan kepada orang, makin sepi dalam hati aku.

Astaghfirullah.


Senyum lagi.

Allah,
Sesungguhnya akulah hamba-Mu,
Yang Kau pernah sentuh dulu.

Sesungguhnya akulah Anisah.
Yang pernah sangat-sangat inginkan cinta-Mu.

Sesungguhnya akulah Anisah.
Yang pernah sangat bersungguh-sungguh mendekatkan diri pada-Mu.

Ya Allah..
Sesungguhnya akulah Anisah.
Masih lagi seorang Anisah.
Hamba-Mu yang sama.

Tetaplah Ya Allah,
Menyentuh dan membimbing-Ku.

Kerana aku masih hamba-Mu yang itu.

"Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan terbaik. Aku. Mahunya menjadi yang paling baik di kalangan yang terbaik. Aku. mahunya menjadi yang paling baik di kalangan terbaik. Ya, itu yang aku mahu. Masih lagi, itu aku" [quoted]

Monday, April 2, 2012

Taking things for granted?

Tak pernah gagal untuk iri hati kepada mereka yang sentiasa bahagia dengan bersyukur dan berterima kasih walau dengan sekecil-kecil benda yang dikurniakan Allah kepada mereka seperti dapat bangun pagi semula.

Perlu tambah lagi kesyukuran kepada Dia...